Azmin Punca Harga Barang Naik Di Selangor

Share This:

JIKA kita mahu mengupas isu kenaikan kos sara hidup maka secara otomatik rakyat tahu bahawa pakatan harapan yang diketuai DAP merupakan juara dalam perkara tersebut. Lihat sahaja bagaimana kerajaan pakatan harapan di Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air lebih daripada beratus-ratus percent.

Perkara yang sama turut berlaku di Selangor. Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor telah bertindak mengenakan caj 20 sen terhadap penggunaan plastik sehingga menyebabkan harga barang-barang naik secara relatif dinegeri yang diperintah oleh pakatan harapan tersebut

Azmin menggunakan alasan mahu membuat rang­sangan kepada rakyat dengan mengenakan caj 20 sen ke atas penggunaan plastik supaya rakyat Selangor ja­ngan menggunakan beg plastik.

Namun beliau gagal melihat bagaimana pembayaran 20 sen tersebut telah menyebabkan harga barang-barang naik secara mendadak memandangkan jumlah yang agak besar terpaksa dibayar oleh pengguna apabila mereka membuat pembelian yang banyak ketika membeli belah di Giant, Tesco, AEON dan sebagainya.

Ironinya Azmin menegaskan bahawa pelaksanaan caj itu disokong oleh rakyat Selangor berdasarkan hasil tinjauan melibatkan 80 orang responden yang dijalankan oleh pihaknya sebelum ini. Adakah 80 orang responden tersebut mewakili keseluruhan rakyat Selangor? Alasan Azmin tersebut memang tidak masuk akal.

Jika Kerajaan Selangor benar-benar mahu memelihara alam sekitar, mereka sepatutnya mengharamkan terus penggunaan beg plastik, bukannya mengenakan caj 20 sen kepada pengguna bagi setiap beg itu.

Keputusan Azmin tersebut turut dilihat bertentangan dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan negara bebas beg plastik dan sampah. Kerajaan Persekutuan membelanjakan hampir RM1.9 bilion untuk kerja-kerja pembersihan seperti kutipan sampah dan sisa pepejal.

Sepatutnya, kerajaan Selangor mencontohi bagaimana Melaka menguruskan isu beg plastik. Mereka mengharamkan terus penggunaan beg plastik. Dengan cara tersebut maka pengguna tidak dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang berpunca daripada caj 20 sen tambahan ke atas beg plastik.

Tambahan pula, Azmin gagal memberikan penjelasan lanjut mengenai kaedah memastikan kutipan caj 20 sen itu benar-benar digunakan oleh pihak peniaga untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)  bagi memelihara alam sekitar di Selangor.

Dengan kata lain, Azmin hanya menjaga kebajikan peniaga dan mengabaikan hak pengguna dengan menaikkan kos barang melalui caj 20 sen beg plastik.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*