Akibat Kecuaian Bapa,Anak Menjadi Mangsa

Share This:

Kecuaian yang berpunca daripada bapanya menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa culik selepas tiga lelaki mencuri kereta jenis Honda Civic bapanya di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah pada Selasa sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan.

Kanak-kanak tersebut ditinggalkan di dalam kereta seketika oleh bapanya di sebuah stesen minyak tanpa mematikan enjin.

Kejadian itu berlaku ketika bapanya pergi ke tandas.

Selepas keluar daripada tandas bapa yang berusia 33 tahun itu terkejut apabila mendapati keretanya hilang bersama anaknya.

Dalam kira-kira 30 meter daripada stesen minyak itu ,anaknya ditemui menangis di tepi jalan dalam keadaan ketakutan.

Sehubungan dengan itu,ketua polis daerah Kubang Pasu ,superitendan Mohd Ismail Ibrahim menasihati kepada ibu bapa yang menggunakan kenderaan perlu memastikan enjin dimatikan sewaktu meninggalkan kereta dan membawa anak serta tidak meninggalkan anak-anak sendirian di dalam kereta kerana banyak kes yang sudah berlaku yang berpunca daripada kecuaian ibu bapa itu sendiri.

Kesimpulannya,ibu bapa perlu peka terhadap anak-anak dan kawasan di sekeliling yang boleh mengundang bahaya kepada mereka.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*