Video ‘Tikam Belakang’ Tersebar, Anding AF Nafi Geng Kunyit

Share This:

Selepas Eyka Farhana, kecoh sekali lagi bila video lucah penyanyi Anding pula tersebar di Tumblr.

 
Rakaman video tersebut menyaksikan seorang lelaki yang dikatakan menyerupai Anding melakukan aksi lucah dengan kaum sejenis.
 
Dikecam dan dipandang sinis gara-gara didakwa sebagai gay, pemilik nama sebenar Anding Indrawani Zaini, 34, ini tampil memberikan penjelasan.
 
“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya. 
 
“Saya tidak pernah melakukan perkara tersebut dan memang tak logik kalau saya buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan kerjaya sendiri. Saya masih boleh berfikiran waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu,” katanya kepada mStar Online.
 

Foto: IG Anding
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu juga berharap agar masyarakat  dapat mengubah persepsi, kononnya lelaki yang suka ke gym dan belum berkahwin semuanya adalah gay.
 
“Orang tak tahu kenapa saya belum kahwin dan tidak ada kekasih sehingga kini? Bagi mereka, apa mereka nampak,itu yang mereka percaya.
 
“Saya harap segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu dapat mengubah presepsi terhadap lelaki seperti saya,” tambahnya.
 
Dia juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis memandangkan namanya sudah dikaitkan dengan perkara sebegitu beberapa kali sebelum ini.
 
Anding dah pun beri penjelasan, jangan tuduh bukan-bukan lagi okay?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*