Siti Sedar ‘Kehilangannya’ Dirindui Peminat-Rozi

Share This:

Beberapa spekulasi mengenai ‘kehilangan’ penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza daripada radar industri muzik tempatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Malah, Siti juga jarang berkongsi fotonya dan kalau ada sekali pun hanya wajah muka sahaja, tidak kepada gambar penuh. Ia mungkin Siti mahu menutup ‘baby bump’ pada perutnya.

Tindakan Siti itu menguatkan lagi spekulasi mengatakan beliau sememangnya hamil walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Siti sendiri.

Bagaimanapun pengurusnya Rozi Abdul Razak meminta agar peminat tidak cepat menghakimi penyanyi itu atas keputusannya untuk berehat.

Rozi menerusi perkongsian di Instagram menegaskan Siti berhak untuk memilih masa untuk dirinya sendiri malah dia berhak berbuat demikian kerana sudah mengabadikan diri selama 21 tahun sebagai anak seni.

 

 

Siapa Bocor Maklumat Siti Nurhaliza Hamil?

“Kata saya 21 tahun lebih berbakti dan mengabadikan tanpa meninggalkan lebih dari satu bulan kerjayanya, beberapa bulan ini dia memilih untuk berehat.

“21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan. Janganlah menghakimi beliau kerana beliau berhak untuk memilih ‘masa’ untuk dirinya,” tulis Rozi.

Dalam pada itu, Rozi berkata, Siti sedar ‘kehilangannya’ dirindui peminat dan paling penting penyanyi lagu Percayalah ini juga berperasaan sama terhadap peminatnya.

“Dia sedar dia dirindui. Saya menangkis tentang kata-kata orang populariti jatuh, tak dapat sambutan, tidak relevan dan sebagainya.

“Berita baik; dia tahu anda merinduinya,” tulis Rozi lagi.

Posting menyentuh hati itu turut mendapat reaksi peminat Siti yang rata-rata memahami keadaan dirinya meminta agar diberi ruang untuk membolehkan beliau berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Malah rata-rata juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada artis kesayangan mereka itu dan akan setia menanti kemunculan semula Siti dipersada seni.

“Alhamdulillah… terharu anda Kakiti (Siti) tahu kami merindui beliau. Kami sentiasa bersama Kakiti dalam apa juga keadaan dan pasti memahami apa juga Kakiti lakukan.

“Paling penting doa kami sentiasa bersama Kakiti… beliau juga manusia biasa, berkeluarga dan perlu masa untuk diri sendiri dan keluarga.

“Kakiti jaga diri, jangan bimbang kalau rindu memang kami dengar lagu-lagu Kakiti selalu,” tulis peminatnya.

@kiet_phassakorn pula menulis: “Popular mungkin akan tenggelam tapi yang terbaik akan tetap dikenang… beribu bintang seni tetapi cuma segelintir yang dijulang.

“Siti adalah yang terbaik untuk 21 tahun ini… sejarah tidak pernah berubah,” tulisnya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*