Seorang Buruh Rogol Kekasih Hingga Lahirkan Anak

Share This:

Seorang lelaki yang juga pekerja buruh merogol pelajar tingkatan satu dari Besut sehingga melahirkan anak lelaki pada dua tahun yang lalu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas Mohd Rohaizam Nazree Mohamad @Mat Yasin, 24, dari Kampung Raja, Besut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Rohaizam Nazree didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun di belakang lorong, Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, Besut, pada 12.30 malam, Julai 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Marsilawati Mohamad Shah.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengajak gadis terbabit bersiar-siar dengan motosikal sebelum membawa mangsa ke lokasi kejadian dan merogol mangsa.

Kejadian itu hanya disedari ibu bapa mangsa pada 2 April 2015 selepas gadis terbabit mengadu sakit perut sebelum pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung sembilan bulan.

Selepas itu, mangsa dibawa ke hospital Besut untuk rawatan sebelum disahkan sedang mengandung sembilan bulan dan melahirkan anak pada petang hari sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa raya, Marsinawati Mohamad Shah.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*