Penasihat Putera MIC Turun Padang Dekati Nelayan Port Dickson

Share This:

Penasihat Putera MIC Teluk Kemang yang juga Ketua Putera MIC Bahagian Rasah, Dineshwaran T Rajagopalu baru-baru ini meluangkan masa turun padang dan beramah mesra dengan golongan nelayan di daerah Port Dickson bertujuan mendengar dengan lebih dekat masalah yang dihadapi mereka.

Beliau bertemu kira-kira enam orang nelayan dan berbual dengan turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan (PPMNS) Tuan Haji Amir dan Ahli Jawatankuasa PPMNS, Ravindran.

“Saya amat berterima kasih di atas kesudian mereka meluangkan masa bersama dengan saya dan berkongsi masalah yang mereka lalui dalam kerja mereka sebagai nelayan.

“Saya juga berpeluang untuk belajar bagaimana mereka keluar mencari rezeki setiap hari menangkap ikan… Saya turut menyalurkan bantuan barang keperluan harian dan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mereka,” katanya di dalam blognya, rdineshwaran.blogspot.my.

Beliau mengakui peranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Perikanan untuk membantu nelayan dengan insentif dari kerajaan seperti subsidi minyak disel, dan elaun bulanan tetapi dengan keadaan amat mencabar sekarang, golongan nelayan masih menghadapi masalah untuk meringankan beban mereka dalam berdepan kos sara hidup.

“Saya mengambil perhatian serius dalam masalah yang mereka hadapi dan akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkaitan untuk membantu menyelesaikan isu yang mereka hadapi sekaligus meningkatkan keupayaan mereka menambah pendapatan,” katanya.

Menurut Dineshwaran, sebagai pemimpin, seseorang itu perlu turun padang dan bertemu rakyat untuk belajar berkenaan masalah mereka dan cabaran yang mereka hadapi.

“Ini akan membolehkan kita menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan mereka untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka,” katanya.

Pertemuan berkenaan diadakan pada 28 Ogos lepas.

Susulan pertemuan berkenaan, Dineshwaran seperti yang dijanjikan bertemu sekali lagi enam orang nelayan berkenaan pada 13 September lepas dan memberikan sumbangan berbentuk jaring menangkap ikan dan perangkap ketam yang baru untuk membantu mereka menambahkan pendapatan.

“Mereka bersyukur kerana tindakan pantas dan proaktif apabila mereka dapat kesan yang positif daripada peranan yang saya mainkan untuk membantu mereka meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Bantuan kepada golongan ini boleh memberikan kesan yang besar tapi apa yang mereka amat perlukan ialah cara untuk mendapatkan pendapatan secara konsisten untuk terus bertahan,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*