‘Ketam Pondan’ Menjadi Kegilaan Ramai

Share This:

Secara semulajadinya ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau,kuala sungai,tepi pantai atau laut,dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut di Malaysia dan terdapat ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla Serrata yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Namun,terdapat pelbagai isu yang timbul mengenai ketam nipah antaranya adalah; adakah ketam nipah ini halal untuk dimakan? Hal ini timbul berikutan ketam nipah dikatakan adalah sejenis haiwan dua alam. Jika dikaji dengan lebih teliti, haiwan dua alam terdapat dua kategori iaitu reptilia dan juga amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Kehidupannya sebahagian di dalam air dan sebahagiannya lagi di atas darat seperti katak.

Ketam nipah atau nama saintifiknya Scylla Serrata adalah daripada jenis rustasia iaitu sama seperti udang dan kerang di mana keseluruhan hidupnya adalah di dalam air dan bernafas melalui insang dan bukannya melalui paru-paru. Ketam nipah bernafas menggunakan oksigen di dalam air sebagai pelarut. Ketam nipah hanya boleh berada di darat dalam tempoh masa yang singkat kerana di dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Air tersebut digunakan untuk bernafas, dan sekiranya air itu kering, ketam nipah itu akan mati. Oleh itu, dari segi hukum, ketam nipah adalah haiwan yang boleh dimakan.

Selain itu,ketam nipah yang bersaiz sederhana akan melalui beberapa proses tertentu sebelum ia bersalin kulit baharu dalam tempoh 26 hari hingga sebulan.

Ia dipanggil sebagai ‘ketam pondan’ kerana kulit yang baharu merangkumi kaki dan sepitnya yang lembut.

Walaupun dipanggil sebagai ‘ketam pondan’ ,haiwan ini memiliki nilai komersial kerana keenakan daging dan telurnya yang mempunyai kandungan kalsium tinggi.

Malah, keenakan dagingnya yang lembut dan manis dihidang dengan resipi tertentu di hotel terkemuka, turut menyebabkan nilai pasarannya semakin meningkat dan menjadi kegilaan ramai.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*