BAJET 2018 & Cukai Pendapatan

Share This:

1. Beberapa media melaporkan kenyataan Perdana Menteri bahawa ada berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018.

2. Sebenarnya sejak Dato’ Sri Mohd Najib Razak menjadi Perdana Menteri, penjawat awam menikmati pelbagai keistimewaan yang terlalu besar berbanding sebelumnya. Malangnya, ramai juga penjawat awam tidak menyokong Barisan Nasional.

3. Sudah tentu Bajet kerajaan akan membentangkan peruntukan kepada penjawat awam. Namun Kerajaan juga boleh membuat pelbagai polisi yang mesra golongan berpendapatan sederhana yang sebahagian besarnya bukan penjawat awam.

4. Hasil dasar kerajaan yang berjaya, kita telah mewujudkan sekumpulan rakyat kelas pertengahan yang agak besar jumlahnya. Malangnya, kumpulan ini berhadapan dengan pelbagai cukai. Mereka antara pembayar utama GST, pembayar cukai pendapatan dan juga cukai korporat.

5. Kita faham pengenalan GST merupakan titik penting dalam pengurusan ekonomi negara. Ia merupakan mekanisme dua hala yang menampung perbelanjaan negara dan mengawal perbelanjaan rakyat.

6. Ketika golongan pendapatan rendah tidak berbelanja banyak, dan golongan kelas atasan lebih banyak berbelanja di luar negara; golongan kelas menengah atau berpendapatan sederhana inilah yang paling banyak membayar GST.

7. Justeru adalah wajar Bajet 2018 mengambil kira untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan kumpulan berpendapatan sederhana SECARA DRASTIK.

8. Penjimatan antara RM 2-3 ribu setahun bagi mereka yang berpendapatan sederhana amat besar ertinya.

9. Penjimatan ini juga akan menambah kuasa beli golongan “middle income” (RM 5,000 – RM 15,000 sebulan). Ini sekaligus akan menjana ekonomi negara dan kerajaan boleh menambah kutipan GST.

10. Saya fikir Kerajaan juga perlu sedar bahawa kekurangan kuasa beli kumpulan ini akan menyebabkan mereka akan menggunakan segala kemudahan awam seperti tadika kerajaan, klinik kerajaan, rumah kos rendah dan perkhidmatan-perkhidmatan awam lain yang sepatutnya bertujuan untuk rakyat berpendapatan rendah.

11. Akhirnya akan wujud rantaian kesan ekonomi yang berasaskan perbelanjaan kumpulan “middle income” seperti tadika swasta, restoran dan lain-lain. Ini akan menjurus kepada kelembapan ekonomi dan akhirnya menyebabkan kerajaan perlu berbelanja lebih lagi bagi menguruskan masalah ini.

Ab Jalil Backer

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*