Wenger Atasi Rekod Ferguson

Share This:

ARSENE Wenger mengatasi rekod yang dikongsi bersama dengan Sir Alex Ferguson selepas Arsenal menang 2-0 ke atas Brighton & Hove Albion, malam Ahad.

Jaringan Nacho Monreal dan Alex Iwobi memberi kemenangan selesa untuk The Gunners di Emirates.

Ia adalah kemenangan kelima Arsenal.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Wenger memecah rekod kemenangan yang dikongsi bersama Ferguson di pentas Liga Perdana Inggeris.

Brighton menjadi pasukan ke-45 ditewaskan Arsenal dibawah pimpinan Wenger yang meraikan ulang tahun ke-21nya bersama pasukan itu.

Arsenal menduduki tangga kelima, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Manchester City.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*