Hari Ini, Kita Berhadapan Dengan Gabungan Syiah, Liberal Dan LGBT

Share This:

Secara amnya, di dalam amalan demokrasi, pasti wujud pihak kerajaan dan juga pembangkang. Di dunia hari ini, konteks kerajaan dan pembangkang memang cukup sinonim dan dari sinilah pembangunan sesebuah negara dapat dilakukan dengan cukup baik. DI negara maju, pembangkang bertindak sebagai kuasa pengimbang dan mereka akan berkempen apabila tiba semboyan pilihan raya.

Namun, perkara seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Manakan tidak, pembangkang di negara ini, jika kita benaar-benar perhatikan, mereka seolah-olah berjuang dengan penuh dendam dan bukannya menjadi sebagai kuasa pengimbang ataupun suara bagi rakyat yang mereka wakili. Bukan setakat itu sahaja, hari ini mereka seolah-olah cuba mewujudkan ketegangan yang pastinya menjerumus negara kearah perang saudara.

Mungkin bunyinya agak keterlaluan, namun itulah hakikat yang harus kita telan. Jika kita perhatikan sedalam-dalamnya, pembangkang hari ini seolah-olah telah membentuk satu gabungan yang dianggotai oleh pengamal Syiah, LGBT dan juga liberal. Justeru, tidak hairanlah begitu banyak cubaan mereka mengganggu ketenteraman rakyat yang umum ketahui berbilang agama, kaum dan bangsa.

Mari kita selusuri apa yang sedang mereka lakukan dalam penggal kali ini. Bukan sekali, malah sudah 5 kali penganjuran demo BERSIH dilakukan di negara ini yang mana ianya mendapat sokongan penuh dari kesemua parti politik pembangkang terutamanya DAP. Tujuan mereka hanyalah satu untuk menumbangkan kerajaan yang ada hari ini melalui jalan rebel atau menerusi rampasan kuasa.

Memang, mereka hanya berkumpul di Dataran Merdeka, namun mesej hasutan yang mereka cuba sampaikan memungkinkan perkara seumpama itu berlaku. Selain daripada itu, sudah kali kedua pihak penganjur pesta arak cuba membawa masuk pesta keji seumpama ini kedalam negara. Itu juga mendapat sokongan penuh dari DAP yang dikenali sebagai sebuah parti yang mengamalkan liberalisasi sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu, DAP dan deretan hambanya juga bertindak menentang pembentangan RUU 355 yang mereka sifatkan sebagai berunsur rasis dan diskriminasi agama. Jika mereka boleh menentang RUU 355, kenapa umat Islam tidak berhak untuk menyuarakan bantahan mereka keatas penganjuran pesta arak yang mereka cukup idamkan untuk dianjurkan di negara ini?

Itu belum lagi mengambil kira pesta gay dan pelbagai lagi pesta yang benar-benar bertujuan untuk mengucar kacirkan kemasyalatan umat Islam di negara ini. Malah, dalam himpunan Toksik bulan lalu, idea lesbian juga diperjuangkan oleh para wanita yang menyertai perhimpunan yang diketuai oleh isteri, anak dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukankah ini penglibatan LGBT yang menggunakan politik sebagai samaran?

Penglibatan Syiah pula bukan lagi perkara baru dalam arus politik negara. Beberapa individu termasuklah seorang aktivis yang dikatakan mengamalkan fahaman Syiah, Khalid Ismath, sudah lama bertapak di negara ini dan cuba mencampuri urusan pentadbiran negara. Malah, terbaru, Wan Ji Wan Husin yang didakwa pengamal Syiah, turut diberi pengiktirafan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menjadi penasihat agama Islam di Pulau Pinang.

Mungkin, masih ada umat Islam yang tidak nampak gabungan liberal, Syiah dan LGBT di dalam pembangkang yang bertujuan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mengamalkan ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Namun, sekiranya perkara seumpama ini tidak dihalang atau disekat, tidak mustahil, Malaysia akan terjerumus kedalam masalah yang tidak mungkin mampu diselesaikan sehingga bila-bila.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*