Bangunan Tahfiz Baru Darul Quran Ittifaqiyah Lebih Selamat, Dapat Kelulusan Bomba

Share This:

Bangunan baru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).

Pengetuanya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata penyediaan kelengkapan itu bagi menjamin keselamatan pelajar dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.

“Kami telah meminta pihak bomba untuk memeriksa bangunan (baharu) ini dan setakat ini semua berjalan lancar. Hanya ada beberapa perkara yang pihak bomba minta kami tambah seperti pengesan asap dan loceng kebakaran,” katanya kepada Bernama selepas tinjauan ke bangunan baharu pusat tahfiz itu, di ibu negara, hari ini.

Mohd Zahid berkata bagi memberi keselesaan kepada pelajar, pusat tahfiz itu yang dijangka beroperasi pada November, turut dilengkapi pendingin hawa serta ruang asrama yang luas.

Bangunan baharu lima tingkat itu dijangka akan menempatkan kira-kira 50 pelajar tahfiz di asramanya.

Katanya beberapa perkara telah dirancang bersama pihak bomba termasuk mewujudkan skuad bomba dalam kalangan pelajar tahfiz bagi memberi mereka pendedahan kepada latihan keselamatan.

Sebelum ini, pada awal pagi 14 September, seramai 23 orang pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam kebakaran yang berlaku akibat perbuatan khianat.

Banyak pihak selepas tragedi itu, menyuarakan pelbagai pendapat untuk memastikan keadaan keselamatan pusat tahfiz dipertingkatkan supaya kejadian sama tidak berulang.

Amat bertuah pelajar tahfiz berkenaan selepas tragedi menyayat hati itu kerana selepas ini mereka akan mempelajari ilmu menghafaz Al-Quran dalam keadaan yang lebih baik selesa dan selamat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*