Selesaikan Dahulu  Masalah Sistem Pengangkutan Di Pulau Pinang Sebelum Mengkritik

Share This:

“Saya takut memandu di Pulau Pinang,”

“Kebanyakan jalan di tengah bandar sempit dan ditambah dengan penunggang motosikal yang mencelah sesuka hati dan kereta yang berhenti di bahu jalan,” Itu adalah luhan hati  seorang rakyat Amerika yang berusia 34 tahun dan enggan dikenali serta hampir setahun menetap dan bekerja di George Town. – BERNAMA April 2017

Mungkin kata-kata itu hanya persepsi peribadi beliau yang membandingkan cara pemanduan di bandar raya ini dan negara asalnya, tetapi tidak dapat dinafikan ia adalah realiti bagi yang memandu kenderaan di sini.

Kesesakan lalu lintas bukan perkara baharu di bandar raya ini, terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu orang ramai pergi dan pulang pejabat serta musim cuti persekolahan atau cuti hujung minggu yang panjang.

Antara jalan yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ialah Jalan Sungai Pinang hingga ke Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, Lebuhraya Lim Chong Eu membawa kepada Jambatan Pulau Pinang dan jalan menghala ke Bayan Lepas serta Balik Pulau.

Pada musim cuti pula kesesakan lalu lintas merupakan perkara rutin di kawasan tumpuan pelancong seperti jalan ke Batu Ferringhi, Bukit Bendera dan Jalan Penang.

Sebelum pihak Pakatan Harapan menempelak tindakan kerajaan Barisan Nasional dalam meningkatkan  sistem pengangkutan awam dalam Negara ini seharusnya mereka menyelesaikan dahulu masalah yang berlaku di Pualau Pinang  dan menjadi contoh tindakan terbaik kepada orang lain.

Kerajaan Pulau Pinang serta pemimpin mereka begitu lantang dalam mengkritik tindakan kerajaan  membina semula  infrastruktur pengangkutan awam yang ketinggalan jauh berpuluh tahun dahulu semasa pemerintahan Mahathir.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan kesesakan lalu lintas yang teruk sebagai satu krisis besar yang dihadapi kerajaan negeri pimpinan DAP

Tetapi sehingga kini setelah 10 tahun tiada satu pun perancangan yang bijak dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya seperti biasa akan menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan.

Berlainan pula dengan pandangan serta pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional dimana sebuah bandar dianggap baik jika ia inklusif secara sosial dan ekonomi. Dengan dasar yang betul, sesebuah bandar mampu menyediakan banyak peluang untuk membaiki taraf hidup dan menjadi tempat untuk semua individu mengembangkan potensi yang mungkin tidak ditawarkan di kawasan luar bandar atau kawasan pertanian.

Bagaimanapun, sesebuah bandar boleh meluaskan jurang antara yang miskin dan yang kaya, dan memburukkan lagi situasi terutama apabila masyarakat disusun untuk menguntungkan sekumpulan kecil golongan di atas dengan mengorbankan mereka yang di bawah.

Agenda “bandar sosial” yang diilhamkan oleh Najib Razak  ialah  bagaimana sesebuah bandar mampu menawarkan kehidupan yang lebih baik yang diinginkan orang ramai dari konteks yang bersifat lestari dan inklusif.

Hari ini, lebih 50 peratus daripada penduduk dunia hidup di kawasan bandar. Sementara di Malaysia, 70 peratus daripada rakyat negara ini menghuni kawasan bandar. Kepadatan penduduk dalam sesebuah Bandar sedikit sebanyak akan menyebabkan kesesakan dalam kepelbagaian sudut perjalanan.

Pentadbiran bandar adalah persoalan politik yang penting seluruh dunia. Kecekapan pentadbiran bandar selalunya menentukan nasib kerajaan yang mentadbir. Melihat ruang tersebut, kerajaan dibawah kepimpinan Najib Razak terus membuat kajian asas dalam sistem pengangkutan yang perlu diperbetulkan.

Untuk memastikan sesebuah bandar berfungsi, sistem pengangkutan adalah faktor utama. Malaysia adalah contoh sebuah negara yang sistem pengangkutan yang cekap yang menyebabkan pengembangan dari segi ekonomi dan kualiti hidup akan meningkat.

Pengangkutan awam satu-satunya jalan penyelesaian untuk memenuhi keperluan sistem pengangkutan dalam populasi yang semakin bertambah tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kereta peribadi dan motosikal dengan kesannya terhadap ekonomi dan sosial.

Pengangkutan awam yang berfungsi dengan cekap adalah  keutamaan Perdana Menteri Najib Razak. Beliau digelar oleh rakan-rakan sekerjanya sebagai “bapa pengangkutan awam”.

SPAD telah dipertanggungjawabkan oleh  kerajaan untuk melakukan kajian asas serta kelemahan system pengangkutan awan yang tidak diberikan perhatian semasa pemerintahan Mahathir.

Untuk mengatasi dan melancarkan kesesakan yang berlaku berbagai rangkaian sambungan system pengangkutan awam telah dilaksanakan dan baru baru ini system MRT telah mendapat pujian rakyat yang berulang alik untuk bekerja dengan kemudahan yang disediakan.

Jika kita ingin memenuhi keperluan sistem pengangkutan seluruh negara serta tidak terhad di Kuala Lumpur saja, sistem pengangkutan dengan kos penggunaan yang lebih berpatutan perlu dilaksanakan, bukan sekadar membina infratruktur mega yang mahal.

Perlu diingat, kesesakan jalan tidak hanya terjadi di Kuala Lumpur, tapi juga di bandar-bandar kecil lain. Sehingga kini kerajaan Pulau Pinang masih gagal menyelesaikan masalah lalu lintas yang semakin memualkan pengguna jalanraya di Pulau Pinang.

Khabarnya LRT akan dibina dari KOMTAR ke Bayan Lepas masih dalam mimpi Pakatan Harapan sedangkan pada masa yang sama kerajaan dibawah Barisan Nasional terus membina lebuhraya tanpa Tol di Sabah dan Sarawak. Membina ECRL  untuk rakyat di bahagian Pantai Timur.

Seterusnya MoU persefahaman juga telah dimenterai untuk HSR yang akan menghubungkan Malaysia dan Singapura. Didalam  pusat Bandar Greater Kuala Lumpur dibangunkan untuk rakyat.

Semua nya adalah untuk menyelesaikan masalah lalulintas serta mengembangkan  ekonomi setempat sebagaimana HSR dan ECRL serta Lebuhraya yang dibina.

Kepelbagaian sistem pengangkutan yang cekap akan menarik minat pelabur dalam membawa perlaburan mereka kedalam Negara. Sistem pengangkutan yang terbaik dan mempunyai banyak pilihan serta berteknologi adalah pilihan pelabur untuk datang.

Pilihan pengangkutan yang lebih murah adalah ini seperti jalan raya yang cuma sesak ketika waktu kemuncak, pengangkutan awam juga hanya sesak pada waktu itu adalah pilihan rakyat. Untuk ketika ini ETC, LRT dan MRT  adalah pilihan utama rakyat.

Maka, membina infrastruktur mega bererti kemudahan itu terbiar tidak digunakan kebanyakan masa. Perkara ini terbukti dengan sistem konsesi mega yang gagal disiapkan  untuk rakyat dan terbengkalai sehingga kini dizaman Mahathir.

Kerajaan dibawah kepimpinan Najib Razak tidak memerlukan konsesi dalam pembinaan rangkaian perhubungan pengangkutan untuk rakyat.

Kemampuan kerajaan membina tanpa membebankan  rakyat adalah menunjukkan bahawa perkongsian hasil Negara sedang dilakukan bersama rakyat dan bukan perkongsian hasil bersama kroni selama berpuluh tahun.

Kemajuan sistem pengangkutan awam di Malaysia kini sedang menuju kesatu arah perancangan jangka panjang dan memastikan pengembangan ekonomi dapat ditingkatkan bukan sahaja didalam Bandar malahan diluar Bandar dengan rangkaian jajaran perhubungan yang cekap.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*