Sabah Dan Sarawak Langsung Tidak Pernah Ada Di Hati Mahathir

Share This:

Pemergian Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan pesawat peribadi ke Sarawak Ahad lalu dilihat hanya mahu merayu simpati dan sokongan dari rakyat negeri Sarawak semata-mata. Ini kerana, dia hanya berani mengunjungi kawasan yang sememangnya sudah dikuasai DAP dari berhadapan dengan keseluruhan rakyat negeri Sarawak secara amnya.

Mengimbau semula perjalanan Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri satu ketika dahulu, sebenarnya, dua buah negeri Borneo ini langsung tidak pernah ada dihatinya. Dia hanya melihat negeri Sarawak dan Sabah apabila tiba musim Pilihan Raya Umum sahaja di mana diluar musim pilihan raya, kedua-dua negeri ini seolah-olah diabaikan sepenuhnya oleh Mahathir.

Bayangkan, selama 22 tahun mentadbir negara, pembangunan komprehensif hanya boleh disaksikan di sebelah Semenanjung Malaysia sahaja dengan kedua-dua negeri ini agak ketinggalan jika menyentuh tentang kemajuan. Apa yang ada di minda Mahathir hanyalah sokongan undi dari rakyat kedua-dua buah negeri ini disamping menjarah seberapa banyak hasil bumi yang ada di Sarawak dan Sabah.

Justeru, tidak hairanlah apabila hari ini, ramai dikalangan rakyat negeri Sarawak dan Sabah begitu marahkan Mahathir. Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, usahkan mahu membina dan memperbaiki mutu pembangunan asas, untuk membina keseimbangan pembangunan antara Semenanjung, Sarawak dan Sabah juga langsung tidak diendahkan.

Tiada sebarang projek mega di bawa kesana seperti pembinaan satu lebuh raya yang menghubungkan antara bandar di Sarawak dan Sabah, memperbaiki mutu keperluan asas seperti air dan elektrik malah boleh dikatakan langsung tiada inisiatif Mahathir untuk menambah baik mutu kehidupan penduduk. APa yang dia tahu, undi dari rakyat negeri Sarawak dan Sabah serta sumbangan hasil bumi untuk kesenangannya sahaja.

Antara alasan yang sering diberikan kepada penduduk Sarawak dan Sabah adalah, kesemua pembangunan negeri terletak di bahu Tuan Yang Terutama dan Ketua Menteri bagi Sabah dan Sarawak. Benar, sebagai pentadbir kedua-dua negeri ini, memang menjadi tugas utama mereka merangka pembangunan Sarawak dan Sabah dengan lebih komprehensif.

Namun, jika peruntukan dan sokongan dari kerajaan tidak diberikan, mana mungkin Tuan Yang Terutama dan Ketua Menteri mampu membangunkan negeri. Harus diingat, kedua-dua buah negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi dan seandainya Mahathir pada ketika itu lebih mengutamakan rakyat berbanding dirinya, sudah tentu hasil bumi kedua-dua buah negeri ini dapat membangunkan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib dalam usahanya membangunkan Sabah dan Sarawak supaya jurang pembangunan yang sebelum ini nampak ketara, dapat dikecilkan. Beliau sedar, kemakmuran ekonomi negara sedikit sebanyak disumbangkan oleh hasil bumi kedua-dua buah negeri ini dan oleh yang demikian, pembinaan Pan Borneo Highway dapat dilaksanakan.

Malah, Datuk Seri Mohd Najib tidak keberatan untuk memberi apa jua bentuk sokongan kepada kedua-dua Ketua Menteri sekiranya mereka memerlukan peruntukan atau sokongan bagi membangunkan negeri. Beliau tahu, tanpa sokongan dan bantuan kerajaan pusat, tidak mungkin impian untuk menyaksikan jurang pembangunan antara Sarawak, Sabah dan Semananjung, dapat diperkecilkan.

Seperti yang pernah diungkapkan oleh Mahathir dahulu, tanpa jaringan jalanraya yang baik, tidak mungkin sesebuah negeri itu dapat dibangunkan secara menyeluruh. Itulah yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib di mana usaha membawa pembangunan berterusan ke Sarawak dan Sabah, langsung tidak pernah menjadi agenda Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*