Pasukan Khas Ditubuhkan Untuk Siasat Skim Rumah Mampu Milik

Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik.


Memetik laporan Bernama, menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan yang akhirnya merugikan rakyat.


Jelas beliau, penubuhan pasukan khas di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa jabatan lain berkaitan.


Noh berkata, pasukan khas berkenaan akan bertindak mengikut dua aspek iaitu jenayah dan juga saman sivil.


Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mendakwa ditipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu terbabit tampil memberi maklumat.


“Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat.”


“Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *