Walaupun Ditawarkan RM1 juta Wak Doyok Enggan Mencukur Misainya

Share This:

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor,yang terkenal dengan trend setter, ikon fashionnya bertegas enggan mencukur misai dan jambangnya walau pernah ditawarkan RM1 juta demi satu projek amal.

Peraga fesyen popular itu menjawab soalan sama ada sanggup menukar imejnya itu demi menjayakan sesuatu watak.

“Kalau diminta mencukur misai dan jambang bagi menjayakan watak, saya rasa itu mustahil,” kata Wak Doyok, nama glamor Mohd Azwan Md Nor.

“Sebelum ini, ada satu syarikat yang menawarkan RM1juta kepada saya untuk bercukup dan dana itu disalurkan kepada badan amal, tapi saya menolak.”

Wak Doyok, muncul pertama kali melalui Abang Long Fadil 2, menerima beberapa tawaran lain selepas menjayakan filem itu, kini mengutip lebih RM16 juta.

“Namun belum ada keputusan daripada pihak saya. Ada juga tawaran yang diterima tidak kena dengan saya,” katanya.

“Saya tidak terlalu melihat kepada nilai bayaran yang ditawarkan, sebaliknya lebih kepada kualiti sesuatu naskhah yang ditawarkan.”

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*