Tayang Perut, Adik Neelofa Pula Kena Kecam

Share This:

Nampaknya percutian adik beradik Neelofa di bumi Eropah kini menjadi perhatian warga laman sosial. Jika sebelum ini pakaian Neelofa ditegur, dalam masa yang sama pakaian adiknya, Ameera Khan turut menjadi bahan kecaman di Instagram.

Dalam muatnaik beberapa gambar mereka bercuti, Ameera telah menggayakan baju yang cukup ringkas namun turut menampakkan bahagian perutnya. Perkara tersebut lantas mengundang rasa tidak puas hati terhadap adik Neelofa itu kerana ada warga laman sosial beranggapan pakaian tersebut adalah tidak sopan.

Sementara itu ada yang menyifatkan adik Neelofa tidak matang dan seperti kebiasaan juga, wujud pengira dosa di bahagian komen. Bagaimana pertimbangan dosa dilakukan oleh mereka tidaklah kami ketahui.

Bagiamanapun Ameera dilihat enggan melayan komen yang ditinggalkan. Apa yang pasti, ke mana sahaja dan apa saja keluarga ini lakukan, pastinya ia akan menjadi perhatian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*