Kisah Sebenar Disebalik Perletakan Jawatan Hamidah Dalam PPBM

Share This:

Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada September tahun lalu menyasarkan untuk menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan UMNO dari peta politik negara. Seperti yang pernah diungkapkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin, dia bertekad untuk menjadikan PPBM sebagai ganti bagi UMNO, parti yang didakwanya sebagai sebuah parti korup.

Bermula dari detik itulah, PPBM menjalankan pelbagai misi politiknya yang menyasarkan ahli-ahli UMNO di seluruh negara. Mereka mahu menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli UMNO dan mengangkat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang harus dijulang atas segala jasa-jasanya.

Mereka juga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Melayu yang kononnya dibawa hanya semata-mata mahu bersekongkol dengan DAP, PAN dan PKR di dalam Pakatan Harapan. Disebalik dakwaan kononnya mahu memperjuangkan nasib pribumi di Malaysia, hakikat sebenar yang gagal disembunyikan adalah, PPBM dijadikan sebuah parti yang memperjuangkan nafsu kuasa Mahathir dan menyasarkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Melihat kepada apa yang berlaku di dalam PPBM, sepanjang tahun ini sahaja, seramai lebih 2,000 orang ahli meninggalkan parti. Di dalam angka sebesar ini, ianya turut melibatkan beberapa orang pemimpin kanan PPBM termasuklah Naib Presiden PPBM itu sendiri, Datuk Hamidah Osman, antara perintis kepada tertubuhnya PPBM, setahun yang lalu.

Bukan satu rahsia apabila nama Hamidah begitu sinonim tentang masalah dalaman PPBM. Sejak dari UMNO lagi, dia dikenali sebagai salah seorang pemimpin wanita yang bersuara lantang dan akan mengkritik sesiapa sahaja yang dia rasakan perlu untuk dikritik. Hal ini sudah menjadi darah dagingnya dan oleh yang demikian, namanya memang kerap disebut di dalam PPBM sebagai seorang yang berhaluan kiri.

Dengan begitu menyanjung tinggi Mahathir, Hamidah akan mengkritik sesiapa sahaja termasuk Muhyiddin mahupun Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq sekiranya dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena demi kekuatan PPBM. Namun, tindakannya itu sering disalah ertikan oleh ramai pihak di dalam PPBM sehinggakan dia dianggap sebagai ejen UMNO yang mahu merosakkan PPBM dari dalam.

Memetik kata-kata Hamidah baru-baru ini, perletakkan jawatannya dari PPBM bukanlah disebabkan kecewa kerana gagal menjadi Ketua Perhubungan Negeri Perak. Dia mengakui, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi Ketua Perhubungan Negeri kerana jawatannya di dalam PPBM sudah lebih tinggi daripada Ketua Perhubungan Negeri.

Apa yang paling dikecewakannya adalah, perpecahan dalaman PPBM yang dia sifatkan sebagai cukup serius dan menjadikan masa depan PPBM kabur dan berkemungkinan hancur. Semasa di dalam parti, dia cuba untuk membetulkan keadaan ini atas kapasitinya sebagai Naib Presiden. Namun, disebabkan keegoan pemimpin dalam PPBM, tegurannya langsung tidak pernah di dengari oleh mana-mana pemimpin atasan PPBM.

Disamping itu juga, dia cukup terguris dengan sikap Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang boleh dianggap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua. Manakan tidak, ketika perselisihan faham antara mereka berada di kemuncak, Syed Saddiq pernah mengusir Hamidah keluar dari PPBM dan mengeluarkan perkataan sila berambus kepada seorang wanita yang mungkin hampir sebaya dengan ibunya.

Di mana adab dan resam Melayu yang penuh kelembutan? Adakah Syed Saddiq sememangnya mendapat restu dari kepimpinan tertinggi PPBM untuk mengusir sesiapa yang tidak sehaluan dengan Muhyiddin dan Mahathir? Dari kata-kata Hamidah, secara amnya, dia percaya, Syed Saddiq memperolehi restu dari Mahathir ataupun Muhyiddin untuk bertindak secara kurang ajar sedemikian.

Diakhirnya, Hamidah mengakui, semasa dia meninggalkan UMNO untuk menyertai PPBM, dia melakukannya dengans epenuh hati kerana sudah menjadi prinsipnya untuk melakukan sesuatu perkara dengan sepenuh hati. Namun hari ini, walaupun dengan perasaan yang cukup berat, dia merasakan, sudah tiba masanya dia meninggalkan PPBM yang penuh konflik hawa nafsu, perpecahan dan tidak mempunyai masa depan.

PPBM dakwanya bukanlah seperti sebuah parti yang dia harapkan semasa dia bersama-sama beberapa orang yang lain bekerja keras untuk membangunkannya. Hari ini, parti ini sudah diwarisi kepada pemimpin yang kurang ajar, cukup tinggi ego dan hanya mementingkan kuasa dan kemahuan peribadi dari memikirkan masa depan negara dan juga rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*