Anwar Masuk HKL : Sakit Atau Sandiwara?

Share This:

Semalam, bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah tekanan darah kurang stabil.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menyatakan bahawa Anwar dibawa ke hospital pada pukul 2 petang semalam, dan kini di bawah pemantauan para doktor.

Adakah ini benar-benar Anwar dalam keadaan sakit atau hanya sekadar sandiwara kerana saat kemasukan Anwar betul-betul selepas selesai prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam dan ia sudah ditutup secara rasmi.

Ada perkara yang mungkin Anwar sedang rancang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu khususnya dengan dua saksi dalam RCI berkenaan yang sama-sama dengan Anwar mempunyai peranan utama dalam skandal dagangan mata wang asing (FOREX) yang disiasat oleh RCI berkenaan.

Dua lagi saksi itu ialah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Kesemua mereka dalam keterangan mengatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) ada menjalankan urusniaga mata wang asing sehingga mengalami kerugian.

Anwar bertindak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri menyembunyikan kerugian sebanyak RM32 bilion sebaliknya hanya mengumumkan hanya RM5 bilion yang hilang akibat kegagalan urusan itu.

Dulu, Anwar pernah kantoi berpura-pura sakit tengkuk ketika di penjara sampai memakai pendakap leher, bila sampai di hospital, beliau tidak pun memakai pendakap itu dan boleh berjalan-jalan di merata-rata kawasan hospital ketika kali pertama di Penjara Sungai Buloh dulu.

Perbuatan Anwar berlakon itu dirakamkan kamera litar tertutup hospital pada ketika itu. Ketika mahu keluar, Anwar akan memakai semula pendakap leher itu dan akan berlakon dalam keadaan sakit yang sangat.

Kali ini, apa pula helahnya? Adakah Anwar mahu bertemu para peguam atau pemimpin kanan PKR untuk menjelaskan maksud sebenar kenyataannya ketika dalam keterangan RCI berkenaan?

Anwar dikatakan akan menerima rawatan kerana tekanan darah berkenaan dan juga akan menerima rawatan fisioterapi akibat kecederaan lama di bahunya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*