Mahathir Adalah Perdana Menteri Yang Paling Tidak Tahu

Share This:

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad kini boleh juga dikenali sebagai Perdana Menteri paling tidak tahu di negara ini dan mungkin juga di rantau ini. Ini kerana beliau merupakan Perdana Menteri paling lama berkuasa iaitu selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

Hari ini, apabila beri keterangan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang skandal kerugian dagangan mata wang asing (FOREX) pada masa itu yang berjumlah RM31.074 bilion, Mahathir kata beliau tidak tahu. Apa sahaja kontroversi dan skandal melibatkan Mahathir, jawapan dari beliau, pastinya tidak tahu.

Untuk rekod, beberapa skandal pada zaman Mahathir kebanyakannya melibatkan kerugian wang sehingga mencecah berbilion bukan jutaan dan ia adalah kehilangan yang besar.

Bagi Mahathir semuanya, bukan dalam pengetahuannya.

Paling popular zaman 90-an dulu ialah skandal Perwaja Steel yang rugi RM10 bilion. Syarikat Perwaja ini ditubuhkan pada 1982 untuk merintis Projek Besi Keluli Kebangsaan dan pada masa itu ia menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta liabiliti semasa.

Pada tahun 1989, Mahathir lantik Mendiang Tan Sri Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tapi sebenarnya Eric mengambil lebih banyak wang dari syarikat itu.

Perwaja kemmudian lingkup dan Eric letak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998, Mahathir berkata akan dakwa Eric jika ada bukti mencukup tapi tidak berbuat demikian sampai dia bersara.

Eric akhirnya ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

Kalau tanya Mahathir pasal ni, sudah lantik Eric yang dijadikan kambing hitam padahal Mahathir yang songlap duit, dia akan kata tak tahu.

Lain-lain skandal yang ada tapi Mahathir kata tak tahu ialah skandal Bank Bumiputera (RM10 bilion), skandal Maminco Makuwasa (RM1.6 bilion) dan Mahathir guna wang Petronas sebagai bank untuk selamatkan atau ‘bail out’ banyak syarikat dan bank termasuk milik anaknya.

Pada 1998, Petronas dikatakan menghadapi masalah kerana hutangnya yang dikawal oleh anak sulung, Mahathir, Mirzan melalui Konsortium Perkapalan pada nilai RM226 juta dan menganggarkan jumlah sebenar mencecah RM324 juta.

Pada November 2012, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan memberi kontrak RM700 juta kepada Sapura Kenchana Petroleum Bhd, yang mana anaknya, Mokhzani merupakan naib pengerusi.

Tun Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan nada sindiran ketika menjawab persoalan tentang konflik kepentingan (conflict of interest) dalam situasi tersebut.

“Ya pastinya, dia (Mokhzani) diberikan kontrak tersebut kerana saya yang mengarahkan Petronas. Masukkannya dalam akhbar anda. Saya menjadi pengerusi untuk segala-galanya.

“Saya yang beritahu, berikan kepada anak saya dan bukan kepada orang lain. Itu yang saya lakukan selama ini. Ketika saya menjadi perdana menteri, semuanya diberikan kepada anak-anak saya. Namun ketika segala-galanya diberikan kepada anak-anak perdana menteri lain, anda tidak memaklumkan kerana individu tersebut merupakan orang yang baik,” kata Mahathir.

Sampai kena troll Mahathir dalam media sosial kerana jawapan tak tahu berkenaan skandal FOREX.

Cuba tanya sekarang apa yang dibuat oleh Mahathir pada masa itu, sudah pasti dia tidak tahu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*