Jiran Pukul Lelaki Tua Serah Diri

Share This:

Dua minggu lalu tular di media sosial video seorang lelaki warga emas dipukul jirannya di Klang berulang kali dengan rotan gara-gara dimarahi ketika cuba meredakan pertengkaran antara mangsa dan isterinya.

Lelaki tersebut telah menyerah diri kepada polis dan meminta maaf kepada mangsa.

Kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Kapar dekat sini oleh Pengasas Komuniti Kepolisian Malaysia, Kuan Chee Heng kira-kira pukul 2 petang Isnin.

“Saya menemani mereka untuk bertemu dan meminta maaf kepada mangsa pada malam Ahad. Mangsa telah pun memaafkan mereka,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat polis daerah dekat sini.

Kuan berkata insiden itu berpunca daripada salah faham yang tercetus akibat perang mulut sehingga berlakunya kemarahan fizikal.

“Dua lelaki itu tidak pernah cuba melarikan diri, sebaliknya mereka menghubungi saya untuk meminta bantuan. Namun mencederakan seseorang merupakan satu jenayah dan mereka bersetuju untuk menyerah diri,” katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan dua lelaki itu dibawah tahanan polis.

“Kami belum mengambil sebarang bukti berkaitan kes itu dan kedua-dua suspek itu akan direman pada Selasa,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya dan Seksyen 448 kerana melakukan seksaan bagi pencerobohan rumah.

Dalam insiden pada 6 September lalu, mangsa, Khor Meng Heong, 52, menegur isterinya di rumah mereka sebelum dua lelaki itu dipercayai masuk campur.

Video lelaki itu dipukul dengan kejam telah tersebar meluas menerusi media sosial.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*