Sekali US Dan China Bersin, Seluruh Dunia Merasa Demamnya

Share This:

Di dalam pasaran ekonomi terbuka hari ini, tidak dapat tidak, dunia memang bergantung kepada kekuatan ekonomi dari dua kuasa dunia, Amerika Syarikat dan China. Kedua-dua negara kuasa besar ini sememangnya menguasai ekonomi dunia dari segenap aspek samada menerusi perdagangan mahupun dari segi kekuatan matawang.

Pada penghujung tahun 2015 sehingga 2016, ekonomi dunia berada dalam keadaan lembab di mana ianya berpunca daripada perkhabaran tentang naik atau turun kadar Rizab Persekutuan Amerika dan tindakan kerajaan China menurunkan kadar matawang negara berkenaan di pasaran antarabangsa. Dalam konteks ini, Malaysia juga turut tidak terkecuali menerima tempias hasil daripada keadaan semasa ini.

Pada ketika itu, nilai matawang negara berada dalam situasi paling rendah sejak kali terakhir perkara yang sama berlaku pada krisis kelembapan ekonomi global antara tahun 1997 hingga 1998. Di pihak pembangkang pula, mereka menuduh 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib lah punca kepada kejatuhan nilai Ringgit di pasaran antarabangsa.

Namun, hasil daripada kebijaksanaan kerajaan menguruskan keadaan semasa ekonomi negara sepanjang krisis berkenaan, Malaysia mampu bangkit semula tanpa perlu membuat apa-apa pinjaman mahupun menggadai apa jua aset negara. Cukup dengan menjalinkan kerjasama erat dengan China bagi membawa pelaburan dalam skala besar kedalam negara menerusi beberapa projek.

Malah, dalam tempoh sukar berkenaan, Malaysia masih mampu mencatatkan perkembangan ekonomi diantara 4 hingga 4.5 peratus dan ini adalah kadar tertinggi jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain seperti Singapura.

Melihat kepada situasi yang baru sahaja berlaku tahun lalu, mudah untuk kita simpulkan bahawa, mana-mana negara dalam dunia ini tidak dapat lari dari kebergantungan ekonomi kepada Amerika mahupun China. Ini kerana, jika kedua-dua negara ini berhadapan dengan krisis ekonomi, impaknya kepada ekonomi dunia mahupun Malaysia cukup besar.

Atas kesedaran inilah, Datuk Seri Mohd Najib bersedia untuk membantu Amerika dalam membaik pulih ekonominya menerusi beberapa pelaburan besar yang dilihat akan memberi pulangan yang lebih baik kepada ekonomi negara. Bagi orang yang tidak memahami keadaan ekonomi, mungkin mereka mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib bertindak seperti menolong orang yang sudah kaya tetapi mengabaikan orang miskin di belakangnya.

Hakikatnya, apabila beliau memilih untuk membantu memperkembangkan ekonomi Amerika, berbilion pelaburan daripada para pelabur dari Amerika akan mendapat pulangannya secara tidak langsung. Ini akan memberikan kelebihan kepada Malaysia dalam usaha memperkembangkan dan membaik pulih ekonomi negara yang pernah terjejas akibat kemelut ekonomi dunia pada tahun 2015 dan 2016.

Beliau sedar, sebarang kejatuhan ekonomi dari Amerika mahupun China, sedikit sebanyak akan menjerumuskan Malaysia kedalam kancah kelembapan ekonomi. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju negara maju, penglibatan pelaburan dari kedua-dua negara gergasi ini amat diperlukan supaya KDNK dan perkembangan ekonomi negara berada di landasan yang tepat.

Untuk itu, sekiranya wujud andaian bahawa apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib ini satu tindakan tidak masuk akal, sebenarnya mereka cukup jahil dan langsung tidak berpengetahuan tentang ekonomi. Jadi, benarlah kata pemerhati ekonomi dunia hari ini, sekali Amerika Syarikat dan China bersin, seluruh dunia akan merasa demamnya. Itu baru bersin, bayangkan jika Amerika dan China demam…

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*