Hilangkah Wang Caruman KWSP Akibat Pelaburan Ke US?

Share This:

Sebaik sahaja kata-kata aluan Datuk Seri Mohd Najib bagi mewakili delegasi Malaysia ke White House kelmarin di hadapan para pemimpin utama Amerika, gegak gempita warga pembangkang apabila Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan tiga perkara utama akan dibincangkan dengan Presiden Donald Trump pada kunjungan beliau kali ini.

Tiga perkara berkenaan adalah pembelian 25 pesawat 737-MAX 10, lapan pesawat 787 Dreamliners dan akan menambah 24 atau 25 buah lagi pesawat 737-MAX 10 dalam masa terdekat, rancangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad untuk menambah jumlah pelaburan mereka ke Amerika dan kesediaan Malaysia membantu pengukuhan ekonomi Amerika yang diketahui umum agak sedikit tenat.

Apa yang menjadi bualan hangat hari ini adalah kesediaan KWSP menambah jumlah pelaburan mereka ke Amerika dari USD $7 bilion kepada USD $3 hingga 4 bilion lagi. Bertitik tolak dari sini, kesemua media pembangkang temasuk pentaksubnya menganggap, wang yang dicarum oleh lebih 15 juta orang pekerja di Malaysia akan dilaburkan oleh kerajaan bagi membantu membangunkan beberapa infrastruktur di Amerika.

Jika diimbas dari cara pemikiran mereka ini, memang cukup melucukan. Adakah mereka fikir, KWSP hanya menyimpan wang caruman pekerja dan majikan semata-mata? Andai itu yang mereka fikirkan, timbul persoalan, bagaimana KWSP mampu membayar dividen dan bonus setiap tahun kepada pencarumnya? Adakah dengan hanya mengitar semula wang yang ada semata-mata?

Mungkin mereka ini lupa agaknya bahawa KWSP adalah sebuah syarikat yang masih diiktiraf sebagai GLC. Sebagai sebuah syarikat, ianya memerlukan kecairan wang yang boleh diguna pakai untuk membina syarikat tanpa mengharapkan wang dari kerajaan atau melalui Kementerian Kewangan. Dalam erti kata lain, KWSP juga mempunyai kemampuan untuk melabur hasil daripada dana pelaburan yang sedia wujud di dalam KWSP.

Apabila KWSP mengumumkan kesediaan mereka melabur antara USD $3 hingga USD $4 bilion ke pasaran Amerika, sudah tentu syarikat ini mempunyai kecairan modal yang membolehkan mereka bertindak demikian. Adakah, wang yang disimpan oleh para pekerja akan hilang begitu sahaja? Sudah tentu jawapannya tidak.

Ini kerana, sama seperti syarikat pembankan negara, wang simpanan adalah wang pokok dan amanah yang diberikan oleh para pencarum. Manakala sebarang pelaburan yang dibuat adalah dari kecairan wang pelaburan yang memang dijadikan modal perniagaan buat KWSP. Justeru, tidak timbul persoalan atau kebimbangan akan kehilangan wang caruman masing-masing.

Sifat KWSP adalah sama dengan syarikat yang lain di mana mereka memerlukan pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan. Berbeza dengan bank, KWSP akan memberikan semula keuntungan yang diperolehi oleh KWSP kepada pencarum melalui dividen dan bonus. Modul yang sama dilakukan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji serta FGV.

Mungkin bagi pentaksub pembangkang, bila Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan hasrat KWSP dan Khazanah untuk menambah pelaburan, maka hilanglah wang mereka. Dakyah sebegini telahpun berlaku semasa Rafizi Ramli begitu hebat menyerang Lembaga Tabung Haji, awal tahun lalu di mana lebih 3,000 orang berjaya diperbodohkan Rafizi dengan cerita rekaan karutnya. Adakah anda mahu mengulangi kerugian lebih 3,000 orang berkenaan hasil daripada cerita penuh fitnah dan palsu ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*