Trump Dari Awal Sudah Tahu Najib Tidak Bersalah

Share This:

Usahawan terkenal dunia, Donald J Trump ini berjaya menang pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan reputasi yang amat hebat selaku ahli perniagaan antara yang terkaya di dunia dan berpengaruh termasuk pernah mempunyai rancangan televisyen sendiri iaitu The Apparentice.

Dengan reputasi itu, Trump sudah pasti mengetahui siapa individu yang betul-betul hebat sebagai pemimpin dan siapa yang mengamalkan budaya hidup yang tidak elok serta melakukan perbuatan salah guna kuasa.

Oleh kerana itu, Trump yang merupakan Presiden AS tahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah. Beliau malahan menganggap Najib sahabat beliau serta memberikan layanan istimewa kepadanya ketika mereka bertemu di White House pada tarikh 12 September lepas.

Trump menunggu ketibaan Najib di pintu West Wing, di White House dan bersalaman erat serta beramah mesra sebelum Trump memberi peluang pengamal media merakamkan detik bersejarah tibanya seorang Perdana Menteri Malaysia di White House untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Washington.

Dalam ucapan pembukaannya, Trump benar-benar menghargai kehadiran Najib dan delegasi Malaysia ke pusat pentadbiran AS itu.

“Saya hanya mahu berkata, ia satu penghormatan untuk menerima delegasi anda bersama kami. Terima kasih kepada delegasi dan saya menghargai kehadiran semua.

“Tuan Perdana Menteri, saya sangat berbesar hati menerima anda di Amerika Syarikat dan White House,” kata Trump.

Pada akhir kunjunga, Trump melakukan perkara luar kebiasaan apabila menghantar Najib sampai ke luar pintu untuk kerana biasanya beliau hanya menghantar pemimpin yang melawat pejabatnya sehingga ke lantai utama sahaja.

Difahamkan, ada pegawai Trump yang mengingatkannya mengenai perkara itu, Trump bagaimanapun memaklumkan akan mengiringi Najib hingga ke tingkat bawah kerana “Najib sahabat saya,” kata Trump menurut wartawan yang juga saksi kepada kejadian itu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli siap merakamkan video menghentam lawatan kerja Najib dengan menyatakan bahawa ia bukan satu lawatan rasmi sebaliknya hanya lawatan biasa tapi cerita bohong itu tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang tahu siapa pemimpin negara yang hebat dan siapa bakal banduan di penjara tidak lama lagi.

Bagi beliau, cerita bohong dan tuduhan itu perlu dibuat sebelum Trump buka mulut buat kenyataan yang positif kepada Najib supaya ada rakyat yang terpengaruh dengan hasutannya sayangnya rakyat hanya makin meluat dengan perangai Rafizi yang cakap tak pakai fakta.

Najib dalam lawatannya ke Washington DC juga sempat secara bebas dan tenang memaklumkan kepada ahli-ahli korporat AS, bahawa ada kempen untuk sengaja mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melemahkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

“Tindakan itu merupakan sebahagian percubaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan sementara menunggu pusingan pilihan raya,” kata Najib semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Majlis Makan Malam Perdagangan AS.

Selain menganggap Najib sebagai sahabat, layanan istimewa Trump kepada Najib ialah kerana beliau kagum dengan ketabahan serta semangat konsisten Perdana Menteri untuk terus bertugas biarpun berdepan pelbagai fitnah dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menjatuhkannya dari tampuk pentadbiran negara.

Oleh kerana itu, mereka mengumpulkan semua orang yang mereka ada untuk terus membuat tuduhan dan memutarbelit cerita menghina Najib dan detik bersejarah kunjungan beliau ke White House tempoh hari.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*