Tiada Apa Lagi Yang Bersisa Dari Manusia Yang Bernama Rafizi Ramli

Share This:

Dalam arus politik hari ini, nama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sudah boleh dianggap sebagai satu nama yang sudah cukup busuk. Manakan tidak, setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya boleh dianggap sebagai hanya satu penipuan semata-mata. Rekod lampau telah menunjukkan betapa kejinya sifat Rafizi ini apabila dia mula mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sejak menjadi Ahli Parlimen Pandan pada 2008, boleh dikatakan, Rafizi hanya tahu menabur fitnah yang tidak pernah berhenti. Ada sahaja topik yang cuba difitnahnya di mana antara “kejayaan” besar fitnah rekaan Rafizi adalah menghancurkan National Feedlot Corporation, sebuah syarikat yang menyasarkan untuk membekalkan daging halal kepasaran dalam negara.

Disamping itu, antara “kejayaan” terhebat Rafizi adalah dengan memperdaya lebih 3,000 orang bakal jemaah haji yang telah bertindak menutup akaun Tabung Haji milik mereka akibat terpengaruh dengan dakyah Rafizi kononnya kerajaan telah mengambil wang dari Lembaga Tabung Haji bagi membiayai pembayaran balik hutang 1MDB.

Sejak dari itu, ramai orang sudah mula menyedari helah penipuan Rafizi dan ditambah pula dengan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan keatasnya menjadikan setiap apa yang dibicarakan Rafizi tidak ubah seperti sampah.

Terbaru, Rafizi menjadi antara orang pertama yang menghentam pertemuan antara Datuk Seri Mohd Najib dan Donald Trump di White House, kelmarin. Seolah-olah mempunyai wakil atau dia sendiri berada dalam pertemuan berkenaan, dia mendakwa, pertemuan berkenaan hanya memakan masa selama 35 minit dengan tidak ada sebarang agenda khusus dibincangkan.

Cukup hebat Rafizi membuat analisis. Kelihatannya seperti dia mempunyai wakil atau dia sendiri berada di White House semasa pertemuan berkenaan berlangsung. Walhal, dia berada di Pandan dan pejabat Invokenya dan hanya menganalisis pertemuan berkenaan berdasarkan kepada logik akal fikirannya sahaja dengan harapan, ia mampu menghasut para pengikutnya untuk menghentam kerajaan.

Ketika cuba untuk menanyakan dengan lebih lanjut mengenai dakwaannya, Rafizi bertindak seperti seorang pengecut apabila memblok sesiapa sahaja yang cuba bertanya mengenai dakwaannya samada menerusi akaun Twitter mahupun akaun Facebook miliknya. Adakah ini yang dinamakan Rafizi sebagai satu perjuangan mendedahkan kebenaran?

Benarlah kata orang tua-tua dahulu, jika kita hari-hari menipu dan berbohong, lama kelamaan orang makin hilang kepercayaan kepada diri kita. Inilah yang mungkin dialami oleh Rafizi setelah mengambil kira siri penipuan dan pembohonnya sejak hampir 9 tahun yang lalu. Daripada 10 perkataan yang dikeluarkan olehnya, suku pun belum tentu mempunyai kebenarannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*