Satu Persatu Usaha Mereka Menjahanamkan Aqidah Umat Islam

Share This:

Sejak agama Islam mula di turunkan oleh Allah SWT kira-kira lebih 1,400 tahun yang lalu, agama ini tidak pernah berhenti daripada menerima ujian yang maha hebat. Tidak terhad kepada agama sahaja, penganut agama Islam juga sering kali berhadapan dengan cubaan dan cabaran yang adakalanya menguji tahap keimanan seseorang.

Seluruh dunia mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Malah, statistik menunjukkan, kira-kira 62 peratus penduduk di negara ini adalah terdiri daripada penganut agama Islam di mana negara ini secara rasminya mengamalkan mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Melihat akan majoriti penganut agama Islam ini, sedikit sebanyak ianya telah cuba diserang oleh mereka yang tidak begitu senang dengan status Islam itu sendiri di sisi Perundangan Negara. Paling teruk boleh dirasakan adalah pada penggal kali ini di mana acapkali beberapa buah parti politik terutamanya DAP, sering cuba mencabar kesabaran umat Islam.

Lihat sahaja beberapa siri penghinaan yang dilakukan oleh Nga Kor Ming dan beberapa orang pemimpin DAP yang lain. Tidak terhenti setakat itu, gerakan Comanggo yang didalangi oleh Datuk S Ambiga juga dilihat antara salah satu usaha untuk merosakkan aqidah umat Islam.

Manakan tidak, antara prasyarat yang dituntut oleh Comanggo adalah untuk menghalalkan amalan LGBT di negara ini, satu perilaku sosial yang langsung tidak boleh diterima di negara ini. Lihat sahaja bagaimana halus dan liciknya gerakan ini menyusupi kedalam satu demonstrasi “Wanita Menolak Politik Toksik di ibu negara, Ahad lalu.

Sekali imbas, ianya merupakan salah satu daripada senarai panjang perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur. Namun, disebalik semua itu, terdapat gerakan yang mendesak kerajaan untuk menerima LGBT dan meminta rakyat Malaysia juga menghormati hak LGBT. Lebih menyedihkan, ada dikalangan anak perempuan Melayu, bertudung dan menutup aurat, cukup berbangga mengangkat sepanduk memperjuangkan hak LGBT.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, ada beberapa penganjur yang menerima sokongan penuh pemimpin DAP kekal berkeras untuk menganjurkan pesta arak 2017 di Kuala Lumpur. Benar, pesta ini tidak ada kena mengena dengan umat Islam di negara ini. Namun sedarkah mereka bahawa negara ini adalah negara Islam di mana sebarang pesta seumpama ini harus diadakan ditempat tertutup dan bukannya diiklankan secara besar-besaran?

Umat Islam di negara ini cukup mengamalkan cara toleransi yang amat tinggi. Umat Islam di negara ini tidaklah begitu ekstrim seperti mana di beberapa buah negara jiran Malaysia. Namun, disebalik sikap toleransi yang tinggi ini, usahlah berterusan cuba melakukan provokasi agama yang berterusan seolah-olah cuba mengulangi sejarah hitam di Ambon ke dalam negara ini.

Bagi umat Islam pula, sudah tiba masanya untuk kita menguatkan iman kita. Usah disebabkan berlainan fahaman politik, agama Islam dijadikan bahan dagangan. Kedudukan agama jauh lebih tinggi berbanding amalan politik yang dilihat telah membawa kepada perpecahan di kalangan penganut agama Islam dan perpaduan rakyat Malaysia secara amnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*