Najib Bawa Pelabur Masuk, Mahathir Melabur Wang Negara Tanpa Kesan

Share This:

Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Amerika adalah siri rentetan usaha beliau membawa keluar pelabur negara ke pasaran luar. Malah, beliau juga giat berusaha untuk menarik seberapa ramai pelabur asing melabur kedalam negara dan sekaligus memangkinkan kekuatan ekonomi negara.

Komitmen berterusan beliau ini telah berjaya membawa kepada perubahan mendadak ekonomi negara. Walaupun ekonomi dunia hari ini bergerak dengan agak perlahan hasil daripada kelembapan ekonomi global tahun lalu, namun hasil daripada komitmen beliau mencari pelabur asing melabur kedalam negara disamping berusaha membawa pelabur dari dalam negara melabur ke luar negara.

Hasilnya, ekonomi negara kini berkembang pada tahap 4.5 ke 5 peratus dan ini diperakui sendiri oleh para pemerhati ekonomi yang menyifatkan ekonomi Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Malah, rizab negara juga kini berada pada lebih RM 400 bilion, kadar tertinggi yang dicatatkan oleh negara sejak negara mengecapi kemerdekaan, 60 tahun yang lalu.

Melihat kepada kejayaan Datuk Seri Mohd Najib ini, terdetik difikiran, satu ketika dahulu, negara mengalami kerugian sebanyak RM 32 bilion hasil daripada cara Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Diantara 1988 sehingga 1992, Mahathir dan pasukan kewangannya telah melaburkan wang negara dalam perjudian Forex sehingga negara mengalami kerugian yang bukan alang kepalang banyaknya.

Tanpa sedikit pun rasa bertanggungjawab dan bersalah, Mahathir dan pasukan kewangannya pada ketika itu termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin sewenang-wenangnya meleburan wang negara ke dalam pasaran yang langsung tidak pernah kita terokai. Ia bukanlah urusan perniagaan sebaliknya lebih kepada memperjudikan nasib.

Lihat dua perbezaan kedua-dua orang Perdana Menteri ini. Pada zaman Mahathir, kegiatan pencurian wang negara berkenaan tidak diwar-warkan kerana keterbatasan teknologi maklumat. Maklumat hanya disebarkan menerusi satu hala tanpa ada peluang untuk rakyat menilai sendiri apa yang dilakukan Mahathir.

Hari ini, segala jenis maklumat ada dihujung jari dan sebarang urusan atau penilaian mana-mana pihak terhadap situasi dalaman negara termasuk perkembangan ekonomi, akan mudah didapati oleh rakyat. Ini yang membezakan antara pencapaian Mahathir dari 1981 sehingga 2003 dengan Datuk Seri Mohd Najib yang hari ini begitu giat memacu pertumbuhan ekkonomi negara.

Jika dahulu, ramai yang menganggap, untuk melabur kenegara-negara kuasa besar adalah satu tindakan yang gila. Hari ini, Datuk Seri Mohd Najib telah membuktikan, tanggapan gila berkenaan hanya ditujukan kepada orang yang pengecut dan tidak tahu menguruskan ekonomi dengan baik. Dalam pasaran terbuka hari ini, keberanian dan kebijaksaan adalah dua kombinasi yang terbaik untuk memajukan negara.zdddddcd.d;l mjhase

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*