Mereka Yang Ganggu Rogingya Perlu Mengingati Buddha-Dalai Lama

Share This:

Pemegang anugerah Nobel Keamanan ,Dalai Lama yang juga Pemimpin utama Buddhaini merupakan individu terbaru yang menentang keganasan yang berlaku terhadap Muslim Rohingya.

“Mereka yang mengganggu segelintir Muslim perlu mengingati Buddha,” kata Dalai Lama kepada wartawan yang menyoalnya berkenaan krisis yang berlaku (di Rakhine).

“Dia (Buddha) pasti akan membantu Muslim yang teraniaya itu.

Saya berasa amat sedih.” Penerima anugerah Nobel Keamanan yang lain seperti Malala Yousafzai dan Desmond Tutu turut mengkritik tindakan ketua de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi yang membisu dalam isu keganasan terhadap Rohingya.

Menurut utusan khas hak asasi manusia di Myanmar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan yang tercetus telah menyebabkan lebih dari 1000 orang terbunuh, yang kebanyakannya adalah umat Islam Rohingya.

Majoriti penduduk Myanmar merupakan penganut agama Buddha dan mereka amat membenci rakyat Rohingya.

Bahkan, Muslim Rohingya dinafikan hak kerakyatan dan dilabel sebagai imigran haram Benggali.

Pembersihan etnik yang sedang berlaku di Myanmar telah mengorbankan ribuan nyawa dan mewujudkan ratusan ribu pelarian hanya dalam masa beberapa minggu sahaja.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*