MB Terengganu: Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah

Share This:

Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang merupakan menteri Besar Terengganu , merakamkan ucapan takziah dan sedih terhadap kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur yang berlaku awal pagi tadi ketika merasmikan Festival Tasik Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pagi tadi.

Katanya, kejadian mengejutkan kita semua itu telah mengorbankan lebih 24 org termasuk 2 wardan sekolah tafiz terbabit.

Beliau mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh daerah di negeri ini membuat pemeriksaan di setiap bangunan yang dijadikan sebagai tempat pembelajaran supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Saya mewakili seluruh kerajaan negeri Terengganu mengucapkan Salam takziah kepada keluarga mangsa kebakaran terbabit’.

“Saya berharap pihak PBT atau Majlis perbandaran perlu memastikan pemeriksaan keselamatan bangunan dengan teliti yang bakal beroperasi untuk sekolah, pusat pembelajaran, seperti pusat ini selamat untuk diduduki’.

Justeru,beliau berharap Pihak PBT terutamanya di Terengganu membuat pemeriksaan keselamatan terhadap bangunan-bangunan yang dijadikan tempat untuk pusat pendidikan ini selamat agar kejadian yang tidak diingin berulang pada masa akan datang.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*