Mahathir Yang Sepatutnya Malu, Giliran Jawab RCI Forex Dah Dekat

Share This:

Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad adalah orang yang sepatutnya malu kerana namanya semakin dekat terpalit skandal kerugian RM31.074 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) yang berlaku sekitar tahun 90-an akibat urus niaga tukaran mata wang asing (Forex).

Jumlah kehilangan itu sudah disahkan oleh ramai saksi yang sudah memberikan keterangan di hadapan ahli panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal Forex dan jumlah itu adalah satu fakta bahawa begitu besar wang hilang akibat kerugian menjalankan urusniaga itu.

Difahamkan minggu depan, Mahathir akan dipanggil dan memberikan keterangan versinya pula di depan RCI yang ditubuhkan kerajaan bagi mengenalpasti siapa dalang dan apakah punca kerugian berkenaan terjadi serta mengapa ia disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Dek kerana kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke White House mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Mahathir mula buat cerita kata malu dengan pertemuan itu tetapi Najib senyum sahaja. Memanglah senyum, adat bertandang ke tempat orang.

Sepatutnya, Mahathir yang malu kerana buat cerita bohong tapi orang tak percaya. Trump secara tidak langsung menempelak pihak tertentu di Malaysia yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Malaysia dengan memberikan layanan istimewa kepada Najib termasuk penginapan di Hotel Trump International di Washington DC.

Kemudian, tidak ada sebab hendak kritik Najib, Mahathir sanggup kutuk Trump dengan mengatakan bahawa dia seorang Presiden yang tidak berwibawan dan tiada nilai. Perlu diingat, Trump dipilih rakyat AS untuk menjadi Presiden ketika pemilihan menewaskan pencabarnya bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Mahathir berkata lagi, sekiranya Najib berjumpa dengan bekas Presiden Barack Obama barulah beliau boleh menghormati Najib kerana Obama merupakan Presiden AS yang dihormati dan disegani.

Ini merupakan satu kenyataan nyanyuk oleh Mahathir kerana Obama ialah Presiden yang mana Najib pergi ke White House bertemu Obama, bermain golf bersama Obama, dan kemudian Obama membalas kunjungan Najib dengan datang ke Kuala Lumpur dan menghadiri pelbagai program di Malaysia.

Pembangkang tahu bahawa kini undi mereka sudah tergadai kepada Barisan Nasional (BN) kerana kejayaan besar lawatan Najib ke Amerika dan membawa juga mesej berkenaan keganasan Rohingya kepada pengetahuan Presiden Trump.

Selepas ini, rakyat akan mengundi BN selepas melihat bagaimana Najib boleh membangunkan negara sampai Malaysia sudah mampu membuat pelaburan ke Amerika melalui dana-dana besar agensi kerajaan seperti KWSP dan Khazanah selepas mereka sebelum ini pun berjaya mengaut keuntungan dengan pelaburan di seluruh dunia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*