DAP mesti Jelaskan- Perbelanjaan Pilihanraya ,Adakah Dari Pinjaman Bank China

Share This:

Tindakan kerajaan kerajaan DAP Pulau Pinang  meminjam wang yang banyak dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion adalah satu pembohongan untuk menutup kelemahan mereka.

Sebelum ini difahamkan bahawa  kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini. Tetapi mengapa masih perlu meminjam dan berhutang?

Pinjaman yang banyak dari sebuah bank di China yang dikatakan  urusan diantara kerajaan dengan kerajaan, tidakkah Guan Eng  mahu mengatakan bahawa Pulau Pinang sedang dijual kepada Negara China sebagaimana yang dilontarkan kepada kerajaan Barisan Nasional yang membawa pelaburan ke dalam Negara.

Pinjaman tersebut dengan tidak secara langsung kerajaan negeri akan menanggung bebanan hutang yang tinggi pada masa akan datang  dan rakyat terpaksa membayarnya. Salah satu cara DAP yang dipimpin oleh Guan Eng menyuruh rakyat membayar beban hutang tersebut ialah dengan  mengenakan pelbagai kenaikan  cukai pada masa akan datang.

Agak menghairankan apabila Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan dana dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri dan bukannya meminjam dan berhutang daripada negara luar terus apatah lagi daripada apa yang diberitahu oleh Lim Guan Eng mereka mempunyai dana hasil daripada penjualan tanah.

Jika mengambil kira pengumuman yang dibuat oleh Guan Eng sendiri mengenai penjualan tanah negeri di Pulau Pinang sejak pemerintahan DAP, ianya sudah mencecah hampir ke RM 4 billion jumlahnya.

Sebelum ini Guan Eng mengumumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sudah menjual sekurang-kurangnya RM1.94 bilion nilai tanah, manakala kerajaan negeri pula menjual RM760 juta nilai tanah.

Guan Eng juga mengumumkan RM1.07 bilion nilai tanah di Bayan Mutiara yang dijual pada 2011 dikreditkan ke akaun kerajaan Pulau Pinang. Jadi benarlah seperti yang didakwa oleh Gerakan tentang cubaan menipu dari Guan Eng berkenaan hasil jualan tanah negeri Pulau Pinang.

Dalam bajet 2017 yang dibentangkan oleh kerajaan Pulau Pinang kita dapati  kenaikan perbelanjaan mengurus telah meningkat sebanyak 500% peratus menjadikan jumlah RM1.35 billion pada tahun 2017 berbanding RM980juta pada tahun 2016.

Guan Eng dalam beberapa kenyataannya telah menafikan bahawa pendapatan  hasil negeri yang ada sekarang adalah dari hasil penjualan tanah. Ini bermakna terdapatnya sumber lain yang menampung lebihan terkumpul sebanyak RM574juta.

Persoalannya adakah pinjaman bank yang dibuat oleh kerajaan Negeri daripada sebuah  bank di China bertujuan untuk menampung perbelanjaan mengurus dan menampung lebihan terkumpul sebanyak RM574juta tersebut.

Nampak gayanya  Guan Eng cuba membohongi rakyat dan membebankan rakyat Pulau Pinang dengan beban hutang jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat. Persoalan yang kedua ialah, adakah pinjaman tersebut akan digunakan sebagai perbelanjaan untuk menghadapi  pilihanraya akan datang.

Ekoran itu, pada masa akan datang , kerajaan DAP Pulau Pinang mungkin akan memilih untuk melaksanakan cukai bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negeri  dan akan bertambah dari tahun ke tahun.

Soalan seterusnya yang perlu ditanya, mengapa kerajaan DAP Pulau Pinang  meminjam begitu banyak wang dan ke manakah wang itu dilaburkan, adalah ianya digunakan untuk membina rumah mampu milik sebagaimana janji kepada rakyat sebelum ini?

Mungkin  jawapannya mudah – ketirisan, rasuah, dan kleptokrasi di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang  yang wujud melalui berbagai skandal termasuk skandal terowong dasar laut yang sudah hampir 5 tahun masih tidak siap kertas kebolehlaksanaan yang akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang selaku pembayar cukai kerugian berbillion ringgit.

Selagi budaya ketirisan, rasuah dan kleptokrasi tidak dihapuskan  dalam kerajaan dibawah kepimpinan DAP , apa juga bentuk cukai yang dikenakan terhadap rakyat Pulau Pinang  tidak akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan negeri dan perut pemimpin DAP yang  dikenali sebagai “Raja Kleptokrasi”.

Bak kata pepatah Melayu, ‘besar periuk, lagi besar keraknya’,” Itu lah kerajaan DAP yang hanya mementingkan projek mewah dan mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan.

Pada Pilihanraya akan datang rakyat seharusnya menolak kerajaan DAP yang kleptokrasi ini dan menumbangkan mereka  dan mendakwa mereka  menggunakan wang rakyat kemuka pengadilan.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*