“Awang Hitam” Berbogel Dibelasah, Cekik Budak Perempuan Dalam Kolam Renang

Share This:

Ini fakta bukan auta! Kebanjiran pendatang asing ke negara kita sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.


Terbaru, beberapa rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Shiddiq Zwei menunjukkan seorang lelaki warga Afrika mencekik kanak-kanak perempuan di sebuah pangsapuri Kampung Baru Puchong.

Dalam kejadian yang berlaku jam 5 petang Sabtu lalu, lelaki yang bertelanjang bulat itu menghampiri mangsa sebelum secara tiba-tiba bertindak mencekik dan cuba melemaskan mangsa yang sedang mandi di kolam renang pangsapuri berkenaan.

Mangsa yang terkejut serta merta menjerit dan berjaya menarik perhatian pengawal keselamatan di pangsapuri tersebut.

Panik dengan situasi itu, warga asing berkenaan segera melarikan diri dalam keadaan bogel dan meracau seolah-olah dirasuk ketika dibelasah “kaw kaw” oleh pengawal keselamatan.

Difahamkan, warga asing itu akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis ekoran laporan yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri tersebut.

 
Biadab betul kan! datang ke negara orang lepas tu buat perangai tak senonoh. Apa pun, pastikan anak-anak anda tidak keluar rumah berseorangan terutamanya yang tinggal di pangsapuri atau kondominium. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*