Amiel Masuk Tahfiz Tolong Ibu Dan Ayah Masuk Syurga

Share This:

HARI ini kita dikejutkan dengan tragedi yang menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur. Bagi seorang ibu, sehelai nota bertulisan tangan daripada anaknya akan menjadi kenangan terakhir untuk Norhayati Karim, 42, dan suaminya.Anaknya, Amiel Ashraf Abd Rasid, 11, antara salah seorang daripada 24 mangsa kebakaran yang menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Lebih menyedihkan, arwah memberikan nota syahdu itu ketika pertemuan mereka semalam – tidak sampai 24 jam sebelum tragedi itu terjadi.

Antara kandungan nota itu adalah betapa Amiel kepada kedua ibu bapanya, serta tujuan dia masuk ke tahfiz untuk membantu mereka ke syurga.

“Ibu ayah, Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah, Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam mana nak balas jasa budi ayah dan ibu, hanya ini sahaja yang Amiel mampu (iaitu) masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga firdaus,” kata Amiel.

Norhayati yang ditemui di surau Ittifaqiyah berhampiran pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Ujung tidak dapat menahan air matanya mengenang apa yang berlaku.

Beliau berkata dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada pukul 7.30 pagi.

Ketika menerima nota itu semalam, katanya lagi, beliau sempat memeluk dan mengucup pipi anak sulung dari empat beradik itu.

Amiel juga berpesan agar nota itu dibuka hanya apabila beliau tiba di rumah selepas kunjungan itu.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*