Akhirnya Mahathir Dan Keluarga Aibkan Keturunan Mereka

Share This:

Siapakah penyokong mereka? Sudah pastinya PPBM, PKR, PAN dan DAP – Jadi penyokong Melayu PKR, PAN dan PPBM adakah mereka pengamal atau orang yang merestui kumpulan ini? Mengapa tidak ada langsung menentang? atau tidak bersekongkol dgn keluar dari Pakatan Harapan- ini bukan lagi politik.

Ini termasuk agar tuntutan IFC, Comango dan G25 di iktirafkan agar mereka dapat berzina, berkhalwat dimerata jalan atas nama hak asasi dan kesamarataan. Ianya juga menjurus kepada pemusnahan aqidah umat Islam dalam Negara ini.

Tidakkah ada segelintir manusia didalam Pakatan Harapan yang mampu untuk melakukan teguran bukan atas dasar politik tetapi atas dasar agama Islam yang cuba dihina sehinanya dilakukan keatas umat Islam sendiri.

Kita telah melihat bagaimana kemusnahan satu satu bangsa akibat  mengagongkan dasar kesamarataan barat sehingga ianya melenyapkan tamadun  bangsa itu sendiri. Tidak kah kita belajar dari kemusnahan kaum Nabi Luth yang mana amalan sadomi sehingga menolak hukum.

Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan dasar yang berteraskan Islam dan hampir separuh warganya beragama Islam dalam Negara ini. Seharusnya semua pihak memainkan peranan untuk bersama menolak amalan yang songsang ini.

“Equality in marriage” bermakna Kesamarataan dalam perkahwinan dimana wanita boleh kawin wanita, lelaki boleh kawin lelaki dan boleh bersekedudukan tanpa nikah tanpa ada halangan dalam agama. Ianya dianggap hak individu.Contohnya- Boleh tukar pasangan

“The rights of religious freedom” pula bermakna – “Hak kebebasan beragama”-Tiada halangan mana mana pihak atau individu untuk keluar dari agama yang dianuti, dan tiada pihak boleh menghalang mereka untuk memilih agama pilihan mereka.

“Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI)” bermakna”Hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)”. merangkumi kepada menuntut amalan kebebasan orientasi seksual songsang ‘

Perhimpunan ungu yang disertai oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Isterinya, anaknya serta cucunya yang mana sekali gus menyokong tuntutan Comango.

Kita tidak nafikan bahawa mungkin sebilangan besar orang Melayu dalam pakatan Harapan bersetuju LGBT dan status quo serta perkahwinan sejenis ini dibenarkan.

Comango adalah memperjuangkan selera seks bebas, ‘equality in marriage’, kesaksamaan gender dan beberapa perkara yang berkaitan dengan penolakan halangan yang ada didalam Islam.

Tuntutan comango yang dibawa oleh Ambiga dimana mendesak kerajaan bersetuju menandatangani dalam tuntutan mereka mengiktiraf International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR.

Didalam tuntutan tersebut terkandung menuntut kebebasan beragama, kebebasan menukar agama,menjadikannya hak masing masing.

Disamping itu juga comango menuntut agar status quo dihapuskan dan ianya melibatkan kedudukan orang Melayu di Malaysia yang mana akan menghapuskan apa yang melibatkan hak hak keistimewaan orang Melayu.

Comango juga menggesa kerajaan untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis..

Paling menghairankan apabila wanita yang bergiat didalam ABIM seakan buta maklumat dan terus menyokong tuntutan ini dan adakah mereka ini didalam golongan yang terlibat dalam seks bebas dan LGBT.

Amat tidak masuk akal sama sekali, wajah-wajah yang cantik tidak mempunyai pengetahuan tentang hal yang melibatkan agama serta pemesongan aqidah yang nyata. Terpengaruh dengan pujukan akhirnya mereka ini dicucuk hidung  untuk menyuarakan sokongan terhadap Comango sekali gus mengiktiraf LGBT , IFC dan G25.

Kita tidak nafikan bahawa mungkin sebilangan besar orang Melayu dalam pakatan Harapan bersetuju LGBT dan status quo serta perkahwinan sejenis ini dibenarkan. Sehingga kini kita masih menunggu respon yang akan dilakukan oleh penyokong PPBM yang mendewakan Mahathir dalam isu sokongan terhadap comango dan kesamarataan seks bebas ini.

Jika tidak, mengapa sehingga kini mereka masih besekongkol dengan agenda yang dilaknat Allah terus disokong. Kerana politik penyokong Pakatan Harapan menjual segalanya termasuk agama yang mereka anuti.

  • pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*