Trump Langsung Tidak Bincang Isu DOJ Dengan Najib

Share This:

Tahukah anda? bahawa dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pihak Trump tidak menyebut langsung ataupun membangkitkan apa-apa berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS ke atas 1MDB atau perkara berkaitan.

Ini adalah kerana pentadbiran Trump sendiri tidak berminat untuk mengambil tahu hal berkenaan memandangkan ia hanyalah satu saman sivil yang difailkan untuk tujuan jahat memburukkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Presiden Trump sebelum ini ada buat kenyataan bahawa DOJ sebenarnya adalah keldai politik yang pernah digunakan kumpulan yang memihak kepada bekas Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dalam pertandingan pemilihan Presiden AS menentang Trump sebelum ini.

Bagi usahawan terkenal dunia, Trump, beliau tahu bahawa DOJ tidak mempunyai kewibawaan yang kukuh dalam menguruskan beberapa isu khususnya yang boleh digunakan untuk menentang gaya pentadbirannya.

Untuk Najib pula, beliau tidak pernah melayan walau sekalipun isu saman sivil DOJ yang tidak langsung mengaitkan namanya biarpun hanya digelar sebagai Malaysia Official 1 (MO1).

Ini kerana, selepas DOJ enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya selepas diminta oleh Jabatan Peguam Negara untuk menjalinkan kerjasama menjalankan siasatan secara rasmi, Najib tahu ia adalah satu alat politik pihak tertentu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Langkah itu memberikan kelebihan kepada Najib yang bijak dalam memimpin negara kerana pertemuan dengan Trump akhirnya membuktikan dakwaan berkaitan DOJ adalah salah dan tidak langsung ada kaitan dengan dirinya.

Najib di Amerika bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Trump sebaliknya, beliau bertemu dengan usahawan-usahawan Malaysia di sana pelajar dan rakyat Malaysia membuktikan Najib adalah antara pemimpin hebat dunia pada masa kini yang banyak membawa perkara positif kepada negara.

Sebagai usahawan dunia yang berjaya, Trump sudah pasti boleh tahu siapa pemimpin yang salah guna kuasa dan mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan dirinya kerana beliau mempunyai banyak penasihat berwibawa yang membantu membuat kerja-kerja pemeriksaan berkaitan kerajaan Malaysia dan Najib.

Agensi risikan AS juga sudah pasti akan melakukan kerja risikan menyelidik latar belakang Najib sebelum Trump membuat jemputan berkenaan untuk mengadakan pertemuan dengan Najib di Oval Office semalam.

AS adalah negara kuasa besar dunia, untuk membenarkan Presiden mereka menjejakkan kaki di bumi Malaysia, macam-macam pemeriksaan mereka lakukan untuk memastikan suasana politik dan keselamatan stabil baru Presiden mereka boleh hadir di bumi Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Barack Obama sebelum ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*