Tiada Kewajipan Berkahwin Setelah Berzina – Siti Mariah Kota Raja

Share This:

Sisters In Islam merupakan NGO yang menyokong pembangkang diketuai DAP. Segala pendirian mereka lebih cenderung kepada memperlekehkan Islam walaupun pertubuhan mereka menggunakan nama Islam. Inilah yang kita katakan penyalahgunaan nama Islam.

“Tidak wajib bagi seseorang yang telah berzina mesti berkahwin di antara satu sama lain.”

Kenyataan ini dibuat oleh YB Siti Mariah Mahmud ketika memperkatakan tentang perkahwinan bawah umur di sebuah forum anjuran Sisters In Islam baru-baru ini.

Beliau seolah-olah menggalakkan orang Islam berzina dan tidak bertanggungjawab atas perbuatan yang mereka lakukan. Lupakah beliau apa yang membezakan antara manusia dan haiwan?

Beliau yang juga merangkap Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah(PAN), hadir sebagai salah seorang panel dalam forum yang bertajuk ‘Perkahwinan Kanak-Kanak: Dewasa Sebelum Waktu’.

Menurut beliau, di negara kita terdapat pusat-pusat pemulihan yang boleh membantu kanak-kanak yang mengandung untuk bersalin dan bayi mereka boleh dijadikan anak angkat selain dapat membina semula hidup mereka yang baru.

“Bagi saya, memang benar dosa adalah satu jenayah. Tetapi, mereka masih ada peluang untuk bertaubat, masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan.

Mengapa kita menghukum mereka atas sesuatu yang mereka tidak boleh kawal?” Soal beliau.

“For me a sins has been crime, yes. But there is door for repentant, there is door for rehabilitating the child. Why are we punishing her into another state of something that she cannot control?”

Forum Perkahwinan Kanak-Kanak ini turut menjemput salah seorang penulis buku G25, Breaking The Silence, En Nizam Bashir, Pensyarah Universiti Teknologi Mara Dr Sharifah Syahirah Syed Syeikh dan Sahabat Ulama Wanita Indonesia Dr Nur Rofiah Bil. Uzm sebagai ahli panel.

Sebelum ini, ahli Parlimen Kota Raja tersebut juga pernah terpalit dengan kontroversi dalam membahaskan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) di mana beliau mencadangkan agar undang-undang yang sedang dipinda itu juga terpakai kepada pasangan-pasangan yang bersekududukan.

PAN merupakan tangan kanan DAP untuk merosakkan Islam. Kita semua tahu perkara tersebut namun begitu setiap kali pemimpin kanan PAN membuat kenyataan menghina Islam, ianya masih tetap menguris hati kita.

Dalam perkara ini, kita mendesak agar Jabatan Agama Islam mengambil tindakan yang sepatutnya kerana dikhuatiri ianya akan memesongkan akidah mereka yang tidak mempunyai pegangan Islam yang kuat.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*