Seorang Ketua Pegawai Eksekutif Cabul Seorang Jururawat Di Tahan Polis

Share This:

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur ditahan polis baru-baru ini, dipercayai mencabul seorang jururawat berusia 19 tahun ketika menerima rawatan di wad sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner (SAC) Fadzil Ahmat berkata, lelaki bergelar datuk berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Subang Jaya tengah hari Selasa.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, suspek dikatakan mencabul mangsa dengan memegang punggung, payudara dan mencium pipi jururawat itu yang sedang menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama.

Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*