Sedangkan Lembu Pun Kenal Mana Satu Jantan Mana Satu Betina…

Share This:

Dahulu, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender cukup asing dalam budaya rakyat Malaysia. Malah, golongan seumpama ini kerap kali menerima kecaman masyarakat yang langsung tidak boleh menerima amalan songsang seperti ini. Namun hari ini, segala-galanya sudah mula berubah. Jika dahulu gerakan LGBT ini bergerak dalam senyap, hari ini mereka sudah mula berani bersuara secara terbuka.

Ahad lalu, bertempat di Kompleks Membeli Belah Sogo, sekumpulan wanita berhimpun bagi membantah apa yang dinamakan sebagai himpunan bantah politik toksik. Sekali imbas, ianya merupakan satu lagi himpunan pro pembangkang yang sudah kerap kali diadakan di Kuala Lumpur dan langsung tidak memberi sebarang kesan dan makna terhadap negara.

Namun, disebalik himpunan bermotifkan politik ini, beberapa NGO pro LGBT di lihat mengambil kesempatan cuba menuntut hak sama rata dalam hubungan. Di dalangi oleh tuntutan Comanggo, ramai diantara mereka membawa sepanduk menuntut layanan sama rata terhadap amalan LGBT di negara ini. Malah ada diantara sepanduk itu tertulis tidak salah mengamalkan hubungan lesbian kerana itu adalah kehendak diri masing-masing.

Persoalannya, adakah mereka yang majoritinya wanita Melayu bertudung ini sedar bahawa tuntutan mereka itu cukup salah samada dari segi hukum agama mahupun moral di kalangan masyarakat Melayu yang terkenal dengan ketinggian adab dan sopannya? Sejak bila pula amalan LGBT ini dibenarkan di dalam Al Quran mahupun didikan agama Kristian, Buddha dan Hindu?

Bayangkan, betapa rendahnya martabat mereka, binatang seperti lembu sendiri boleh mengenali yang mana satu jantan dan mana satu betina. Sedangan mereka ini seolah-olah menolak fitrah seseorang manusia yang normal dengan memilih jalan LGBT.

Lebih mengharukan, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang satu ketika dahulu cukup lantang mengeji dan mengutuk kecenderungan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan liwat, turut hadir ke himpunan keji ini bersama-sama anak perempuan mereka, Marina Mahathir serta anaknya.

Kehadiran Mahathir dan isteri ini adalah tanda bahawa Mahathir juga mengiktiraf kemahuan dan tuntutan Comanggo yang sama sekali menyalahi fitrah seorang manusia normal. Malah, bolehlah dianggap, kehadiran Mahathir ini sekaligus menafikan setiap butir kejiannya terhadap Anwar yang didakwanya menyetubuhi seorang lelaki demi nafsu serakahnya.

Itu salah satu tanda betapa besar kemungkinan akhlak umat Islam di negara ini bakal dihancurkan oleh mereka yang mendapat sokongan pembangkang. Itu belum lagi mendapat kuasa. Bayangkan jika satu hari nanti mereka berkuasa. Apakah Malaysia akan mengulangi sejarah negara Pompeii yang hancur dimamah lahar gunung berapi? Adakah merkea mahu mengulangi tabiat kaum Nabi Allah Luth di Sodom?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*