Pulau-pulau Semakin Hilang Di Lautan Pasifik

Share This:

Berikutan dengan paras laut yang meningkat dan kitaran perubahan angin di Queensland,Australia terdapat lapan pulau hilang sepenuhnya ekoran paras laut meningkat dengan lebih pantas di Pasifik Barat
yang membawa maksud 12 milimeter sejak tahun 1990an.

Antara pulau-pulau tersebut seperti Micronesia dan Solomon yang banyak terkesan dengan perubahan iklim apabila paras laut terus meningkat pada purata tiga milimeter setiap tahun.

Patrick Nunn dari University Sunshine Coast di Australia itu melaporkan pulau-pulau semakin hilang di lautan Pasifik.

Pengkaji juga menyatakan bentuk pulau di sekitar Lautan Pasifik juga semakin berubah berbanding gambar yang dirakam pada 1947 lalu.

Setelah menjalankan kajian di pantai,menyoal penduduk setempat dan mengkaji imej satelit, pasukan Patrick mendapati beberapa pulau berkedudukan rendah kemungkinan akan tengelam atau hilang sepenuhnya.

Penduduk setempat memberitahu penyelidik, dua pulau iaitu Kepidau en Pehleng dan Nahlapenlohd kini sudah tenggelam sepenuhnya dan imej udara di kawasan itu menunjukkan enam lagi pulau Laiap, Nahtik dan pulau Ros hilang antara tahun 2007 dan 2014.

Akibat kehilangan pulau yang ditengelami itu, penduduk mula berpindah dan mencari penempatan baru.

Kajian ini diterbitkan dalam edisi Jurnal Pemuliharaan Pesisiran edisi 2017.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Simon Albert, dari University of Queensland di Australia, pada tahun 2016 juga mempunyai hasil yang serupa.

Albert dan pasukannya mendapati lima daripada Kepulauan Solomon telah hilang sejak pertengahan abad ke-20.

Berdasarkan penyelidikan itu, Albert berkata, Ini adalah tempat pertama di Bumi yang mengalami kenaikan kadar aras laut yang sangat tinggi.

Sesetengah pulau yang berada tidak berapa tinggi daripada paras laut telah berjaya bertahan di kawasan tersebut.

Kepulauan yang terlindung kerana kedudukan mereka atau mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan atau permukaan berbukit memberikan tahap ketahanan yang lebih tinggi.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*