Pertemuan Najib Razak-Donald Trump Jadi Tumpuan Dunia

Share This:

Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam menjadi tumpuan dunia kerana Najib adalah pemimpin dari negara ASEAN atau Asia Tenggara yang pertama diberikan layanan cukup istimewa oleh seorang Presiden Amerika.

Lawatan kerja itu yang diadakan atas jemputan Trump sendiri untuk bertemu Najib di White House sebelum ini.

Pertemuan di West Wing itu menjadi tumpuan dunia apabila banyak agensi berita dari Malaysia dan serata dunia membuat liputan saat Trump menjemput Najib sendiri daripada kereta.

Rakyat boleh menilai sendiri apakah kebenaran daripada apa yang diperkatakan oleh pakatan pembangkang untuk memburukkan perjalanan Najib ke Amerika kerana ia semuanya adalah pembohongan dan penipuan.

Setiap perkara dan setiap kejadian yang berlaku di zaman Najib mereka burukkan dan remehkan demi kepentingan politik mereka.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli antara pemimpin yang diberikan tugas mengkritik pertemuan itu biarpun ia adalah satu detik bersejarah yang baik untuk Malaysia.

Rafizi menganggap pertemuan kedua-dua pemimpin itu sebagai satu pertemuan yang tidak boleh dianggap lawatan rasmi ketua negara bertemu Trump kerana tiada perbarisan kehormat protokol serta Najib tidak menginap di rumah tetamu AS, iaitu di Blair House. Bagi Rafizi, ia adalah satu lawatan tidak rasmi dan pertemuan yang diadakan oleh kedua-dua delegasi dilakukan dalam tempoh hanya 30 minit sahaja.

Biarpun apa yang dicakap oleh Rafizi, Trump sudah pun bertemu dengan Najib dan pelbagai rundingan diadakah oleh kedua-dua pemimpin berkenaan melibatkan pelaburan besar berbilion ringgit.

Dikatakan dalam pertemuan berkenaan, Malaysia juga memeterai perjanjian memberi puluhan pesawat Boeing pada harga lebih AS$10 bilion dalam kenyataan Najib kepada media yang membuat liputan di White House semalam.

Najib diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Tan Sri Zukiflei Mohd Zin.

Perihal tuduhan pembangkang bahawa tidak ada sidang media seperti lawatan ketua kerajaan yang kebiasaannya diadakan. Pertemuan Najib dan Trump adalah untuk membincangkan isu-isu keselamatan dan hubungan dua hala yang sudah pasti bukan boleh didedahkan kepada mana-mana pihak secara sesuka hati.

Bagaimanapun, pembangkan cuba menutup cerita bahawa Najib dan Trump pada pertemuan itu mengadakan perbincangan empat mata di dalam Oval Office di antara mereka berdua membincangkan perkara yang lebih utama selain daripada yang melibatkan perbincangan sesama delegasi berkenaan.

Malaysia sudah menjadi tumpuan dunia dan Najib di pentas antarabangsa dijemput ke White House sampai agensi berita CNN buat siaran langsung pertemuan delegasi Malaysia dan Amerika itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*