Penyokong Celtic Buat Hal

Share This:

SEORANG penyokong Celtic cuba menyepak Kylian Mbappe.

Insiden berlaku ketika aksi Liga Juara-Juara apabila seorang remaja melulu masuk ke padang dan cuba menyepak pemain Paris Saint Germain (PSG) pada separuh masa pertama perlawanan.

Bagaimana pun remaja tersebut itu terlepas percubaannya untuk menyepak Mbappe sebelum berjaya dihalang pembantu keselamatan perlawanan dan dibawa keluar dari padang. Tiada sebarang kecederaan berlaku.

 

Pengurus Celtic, Brendan Rodgers menyelar tindakan penyokongnya selepas perlawanan.

“Semua terkejut dengan tindakan itu. Ia amat mengecewakan dan anda sudah tentu tidak mahu melihat mana-mana penyokong masuk ke padang.

“Kelab terpaksa menanggung akibatnya,” ujarnya.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pastinya akan mengambil perhatian terhadap tindakan itu berdasarkan prosedur disiplin.

Selain itu, Rodgers turut kecewa apabila tewas 5-0 kepada PSG.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*