Mahathir Adalah Pencetus Masalah

Share This:

Penerangan komprehensif diperlukan mengenai hala tuju perjuangan untuk menghadapi  politik isu dan persepsi yang mana kian menular dalam politik Negara sekarang. Politik isu yang menjadi mainan pihak pembangkang  yang mana bertujuan untuk menenggelamkan kebenaran dan kemajuan yang dibawa oleh  kerajaan sekarang.

Dalam politik Negara kita sentiasa disajikan dengan isu berhubungkait dengan wang rakyat, wang Negara, ketirisan yang dimomokkan oleh pihak pembangkang dan mereka sentiasa menuding jadi terhadap kerajaan.

Pada kebiasaannya pembangkang menggunakan isu  yang dibangkitkan adalah bertujuan untuk menutup keborokan  sikap kleptokrasi pemimpin  mereka yang merompak wang Negara dan wang rakyat sewenangnya tanpa dapat diambil tindakan sewajarnya.

Dari duduk hingga berdiri semangat yang ditunjukkan oleh Annuar Musa memperlihatkan kesungguhan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyampaikan maklumat yang seharusnya dipergunakan untuk mneghadapi pihak pembangkang. Politik isu yang menjadi mainan mereka.

UMNO adalah sebuah parti yang lahir dari semangat bersatunya orang Melayu. Bersatu dalam menempuh pelbagai  tragedi perjuangan sehingga mematangkan  minda kepimpinan yang menerajuinya.

Selama 446 tahun pengalaman dan pengajaran yang dijadikan sempadan perjuangan dan terus membentuk semangat dikalangan orang melayu dengan bersatu.  Bersatunya orang  Melayu itulah kekuatan yang tiada tolok bandingnya.

Keras , padat dan bersemangat , itu lah suara yang dilontarkan  oleh Tan Sri Annuar Musa dalam penerangan yang diberikan didalam Program Perjuangan 4All di  UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 10 haribulan yang lepas.

Dari keborokan sikap pembangkang yang peka tentang sensitiviti masyarakat Melayu atau rakyat dalam Negara ini  mengenai wang. Maka isu berkaitan dengan wang juga dijadikan isu untuk mendapat sokongan rakyat.

Bagi pihak pembangkang mereka tidak peduli walaupun isu yang dibangkitkan itu bersifat fitnah dan persepsi , perkara yang paling penting bagi mereka ialah rakyat akan bangun menentang kerajaan dan mengalihkan sokongan terhadap mereka.

Isu fitnah RM2.6 billion yang diwar-warkan oleh pembangkang merupakan bukti bagaimana pihak pembangkang menggunakan isu wang sebagai pemancing sokongan dan mengamalkan politik kebencian sesama rakyat  dan juga kepada kerajaan.

Dalam pada masa yang sama rakyat mungkin lupa pada zaman Mahathir rizab Negara hanya berkisar kepada RM60billion dan  meningkat sebanyak RM90-100billion sahaja apabila diserahkan kepada pemimpin seterusnya.

Tetapi rizab berkurangan apabila wujud kerugiaan yang tidak boleh diambil semula dalam skandal Forex yang mana  Negara kehilangan sebanyak RM32 billion kekal. Maklumat kehilangan  ini disembunyikan  daripada pengetahuan rakyat dan dimanipulasikan nilainya apabila dibentangkan.

Dasar pemerintahan yang teratur menjadikan di zaman Najib Razak rizab Negara telah meningkat  sebanyak RM430billion. Jika kita nilai kehilangan RM30bil tersebut dimasa sekarang , ianya berjumlah  hampir RM200billion.

Bayangkan bagaimana keadaan rizab RM430billion yang hilang itu adalah hampir separuh daripada nilai tersebut.

Sebenarnya Mahathir Adalah Masalah, Bukan Penyelesaian terhadap apa yang telah dan sedang berlaku, sejarah tidak pernah menipu bagaimana kemelut pergaduhannya dengan  semua perdana Menteri dan timbalan perdana menteri sejak zaman Tengku Abdul Rahman lagi.

Mahathir akan menentang sesiapa juga yang tidak menurut kehendak hatinya dalam mencaturkan  politik Negara mengikut acuannya sendiri. Sehingga kini Mahathir masih menentang Najib Razak yang  mana adalah anak murid politik yang pernah menyelamatkannya pada tahun 1987 dan 1988  dahulu.

Jadi untuk menutup sejarah pahit itu, Mahathir memainkan isu RM2.6billion sebagai modal  politik untuk mengaburi mata rakyat. Jelas lah bahawa berbagai kaedah penipuan pembangkang dilakukan untuk rakyat membenci kerajaan.

Sehubungan itu setiap isu politik yang dimainkan oleh pihak pembangkang seharusnya ditangani dengan fakta kejadian yang telah berlaku dan bukan melayan politik isu yang tidak akan habisnya . Sudah pasti akan ada pada setiap masa dan ketikanya.

Secara jelas dan nyatanya pembangkang akan cuba mencari jawapan-jawapan mengikut pandangan dan pemikiran mereka sahaja dan mereka akan terus menolak fakta yang diberikan sebagai kebenaran berkaitan isu dibangkitkan.

Menurut Annuar lagi, seharusnya setiap ahli UMNO akan terus mempamerkan kejayaan-kejayaan kerajaan dalam  memberikan perkhidmatan dan kemudahan serta pencapaian yang hebat kepada rakyat dan bukan mengolah isu politik untuk disajikan.

Bercakap dihadapan hampir 500 ahli UMNO dari semua golongan, Annuar terus menyingkap sejarah  silam perjuangan dengan semangat kesatuan yang kukuh dimana ianya lahir dari nilai yang cukup tinggi.

“Sebab parti ini ada DNA. Lahir dari rahim perjuangan bangsa yang berusia 446 tahun. Terbentuk atas satu kalimah iaitu bersatu.

“Melayu bersatu daripada pelbagai kaum – bugis, jawa, mamak dan lain-lain. Hendak membentuk negara tak boleh hanya satu kaum. Sebab itu kita ada rakan-rakan MCA, MIC dan lain-lain komponen BN.

“Malaysia satu-satunya negara yang membela nasib semua kaum dan masyarakat minoriti. Misalnya Menteri Idris Jala, beliau daripada masyarakat Kelabit di Sarawak yang hanya ada 6-700 keluarga sahaja. Inilah perjuangan BN yang tidak terdapat dalam mana-mana parti lain di Malaysia.”

Dalam memperkatakan penglibatan Mahathir dalam politik Negara  secara ringkasnya Annuar  memberikan jawapan yang tepat dan padat. Apakah Mahathir boleh membantu UMNO dan BN? Ada ruang lagikah buat Mahathir?

“Mahathir is a problem, not solution.” tegas Annuar.

“Beliau ialah bos saya suatu masa dulu. Banyak jasa dia pada saya dan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Tapi dia pemimpin yang bagus dan sesuai pada zamannya. Najib bagus dan sesuai pada zaman sekarang.

“Mahathir masih memiliki penyakit lama, iaitu penyakit diktator. Walaupun berhenti (letak jawatan) tapi hendak menguasai. Mahathir mula menentang Najib dalam kes anak boboinya, Mukhriz ketika pemilihan jawatan Naib Presiden suatu masa lalu. Mahathir melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh di arah-arah mengikut telunjukkan.”

Justeru itu, adalah diingatkan bahawa politik isu  bukan lah satu cara atau jalan penyelesaian jika ianya tidak ditangani dengan kejadian sebenarnya, fakta dan kejayaan kerajaan harus disebarkan seluas luasnya agar rakyat menilai bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang kukuh serta menitik beratkan hal berkaitan dengan keperluan dan kehendak rakyat.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*