Kelakar!! Mat Sabu Minta Tubuh RCI Tentukan Siapa Betul Antara Tuah Dan Jebat

Share This:

Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau dikenali dengan nama lawaknya, Mat Sabu buat kelakar pada waktu tengahari di portal pro-pembangkang Malaysiakini apabila mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menentukan siapa yang benar dalam perlawanan silat antara Hang Tuah dan Hang Jebat.

Pada mulanya, penulis merasakan ia adalah kenyataan yang dibuat-buat untuk troll Mat Sabu, tapi rupa-rupanya ia memang keluar daripada mulut beliau sendiri.

Kenyataan itu dibuat dalam satu program forum di Kuala Lumpur malam tadi yang membincangkan berkenaan rasuah dan penyalahgunaan institusi kerajaan di Malaysia.

“Institusi kerajaan tidak digunakan untuk memerangi jenayah dan rasuah, tetapi untuk tujuan politik.

“RCI kini digunakan untuk siasat skandal pertukaran asing (forex) 20 tahun lalu; RCI juga akan digunakan untuk menyiasat Insiden Memali… mengapa ini mengambil masa 30 tahun?

“Sebab itulah saya cadangkan supaya RCI ditubuhkan untuk menentukan siapa yang betul di antara Hang Tuah dan Hang Jebat,” kata Mat Sabu.

Kalau hendak membuat perumpamaan, Mat Sabu boleh sahaja mengambil contoh lain yang lebih relevan. Contoh yang beliau pakai ini akan membuatkan orang mengejeknya kerana buat kenyataan politik yang tiada nilai.

Katanya, Hang Tuah dan Hang Jebat adalah dua daripada lima sahabat semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pada kesultanan Melaka abad ke-15.

Menurut sejarah Melayu, kedua-dua sahabat akrab itu akhirnya bertarung sesama mereka kerana berbeza pendirian.

Hang Jebat yang berang dan mengamuk setelah diberitahu bahawa Hang Tuah telah dibunuh akhirnya mati di tangan Laksamana Melaka itu.

Tuah yang akur kepada arahan sultan tergamak menikam sahabat karipnya walaupun menyedari Jebat mengamuk kerana menuntut bela atas ‘kematiannya’ itu.

Kenapa Mat Sabu tidak cadangkan wujudkan RCI untuk siasat siapa sebenarnya menipu dalam perlumbaan arnab dan kura-kura atau RCI tentukan yang mana dulu, telur atau ayam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*