Kahwin Dengan Lelaki Dubai, Wanita Diberi Duit Belanja 100 juta Sebulan

Share This:

TUAH ayam nampak ditaji, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Seorang gadis berusia 23 tahun sangat beruntung apabila berkahwin dengan lelaki kaya berusia 58 tahun. Suaminya berasal dari Dubai. Gadis ini diberi belanja bulanan sebanyak ratusan juta setiap bulan, hidupnya tidak pernah susah bahkan mampu bermewah-mewah.

Keluarga suaminya memiliki perniagaan gas dan semenjak beliau berkahwin beliau menerima wang belanja sebanyak 100 juta setiap bulan, kereta mewah dan tinggal di rumah yang sangat mewah. Awalnya semua orang iri hati dengan hidupnya tapi disebalik semua itu ternyata ada alasannya. Beliau diharuskan mengikuti semua adat orang Dubai, dalam cuaca yang sangat panas pun ia diharuskan memakai jubah panjang, dan tertutup.

Wanita ini berasal dari Cina, pada awalnya sangat menderita tapi lama kelamaan beliau pun terbiasa dengan berpakaian seperti itu. Suaminya kemudian memaksa beliau melahirkan anak dalam jumlah yang banyak. Satu tahun kemudian wanita itu tidak sanggup menghadapi tekanan lalu memuatnaik kisah hidupnya di media sosial.

Para netizen merasakan kepahitan yang beliau rasakan. Di malam tahun baru gadis tersebut harus melayan tetamu yang datang, sedangkan beliau masih belum sepenuhnya terbiasa dengan adat mereka. Memandangkan beliau adalah pengantin luar negara maka wanita ini tetap harus tersenyum. Akhirnya beliau memutuskan untuk bercerai. Walaupun kehidupannya sangat mewah dan membuat orang iri namun semua itu tidak ada gunanya jika beliau tidak merasa bahagia.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*