Exco PAS Dan DAP Bergaduh Isu Arak

Share This:

PEMBANGKANG yang diketuai DAP telah membuktikan beberapa kali bahawa mereka GAGAL menyelesaikan isu-isu kecil sehingga mencetuskan perpecahan dan perbalahan yang berterusan.

Isu arak kini menjadi pencetus “perang mulut” diantara exco PAS dan DAP pula. Beberapa tahun yang lepas isu Hudud menjadi punca pergaduhan besar antara PAS dab DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat dibubarkan dan PAS ditendang keluar dari pakatan mereka.

DAP akan tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual berlangsung di ibu negara 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan sebarang aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

PAS mungkin akan mengadakan protes terhadap penganjuran kali keenam pada tahun ini oleh syarikat arak, MyBeer (M) Sdn Bhd. Ia bukanlah kali pertama PAS membantah acara seumpama itu. Pada 2014, parti itu dengan lantang membantah penganjuran pesta ‘Octoberfest’.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, agama rasmi Malaysia adalah Islam. Minum arak bukannya budaya mana-mana agama pun. Dari segi moral, ianya tetap dilihat sebagai kurang beretika dan kurang manis walaupun kepada bukan Islam.

Persoalannya mengapa DAP bersungguh-sungguh mahu pesta OktoberFest ini diadakan sedangkan majoriti pemimpin kanan DAP merupakan “totok” Kristian.  Kita tahu bahawa mereka sebenarnya mahu menggunakan isu ini untuk “menghina” agama Islam secara langsung dan tidak langsung.

Parti Chauvanist ini akan menggunakan apa sahaja cara yang boleh menghina atau mempersendakan orang Melayu dan agama Islam. Mereka bukan tidak boleh menyelesaikan isu arak ini namun disebabkan sifat semulajadi Cina DAP yang”berdendam” dan mahu menyusahkan orang Melayu maka mereka akan sentiasa memilih cara yang boleh mencetuskan provokasi.

DAP tidak layak memimpin negara malah mana-mana negeri pun dalam negara kita memandangkan mereka tidak mempunyai sifat toleransi dan meghormati bangsa lain dan agama lain dalam negara kita. Tolak DAP demi keamanan Malaysia.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*