Terbukti Mahathir Dan Siti Hasmah Sokong Seks Sesama Jenis

Share This:

Dengan kehadiran pemimpin pembangkang dalam Himpunan Bantah Politik Toksik pada Ahad lepas seperti Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, ini bermakna mereka juga menyokong tuntutan idea menyimpang dari Islam yang dibawa oleh gerakan itu.

Banyak sepanduk dalam perhimpunan itu menyatakan dengan jelas perkara bertentangan dengan Islam seperti menyokong hubungan sesama wanita, lesbian, hak saksama dalam perkahwinan dan kebebasan memilih agama.

Oleh itu, sebenarnya Mahathir termasuk isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali sebenarnya mereka menyokong seks bebas sesama jenis dan perkara-perkara bertentangan dengan agama yang dituntut satu masa dulu oleh gerakan yang digelar sebagai Comango.

Sudah jelas, Pakatan Harapan (PH) hadir dalam arena politik negara dengan membawa perjuangan yang salah ini yang mana tidak akan sekali-kali jadi madah perjuangan Barisan Nasional (BN) yang memegang kuat syiar Islam.

Patutlah Mahathir begitu menyokong supaya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dibebaskan kerana beliau sudah pun menerima agenda seks bebas dan hubungan sesama jenis iaitu Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT).

Begitu juga pemimpin lain termasuk bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Kalau tidak silap, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraidah Kamaruddin juga hadir memberikan sokongan.

Sokongan mereka ini mencetuskan kemarahan meluap-luap netizen di laman media sosial Facebook dek kerana menyokong perjuangan yang membawa agenda jahat tersembunyi.

Kebanyakan wanita yang hadir adalah Islam dan bertudung litup sama-sama melaungkan slogan yang menyokong supaya tuntutan dan desakan penganjur perhimpunan itu dipenuhi oleh kerajaan.

Mereka yang bertudung memegang sepanduk menuntuk kesaksamaan hak dalam perkahwinan di mana isteri juga berkuasa menjatuhkan talak yang mana jelas bertentangan sama sekali dengan Islam.

Tambahan pula, dua wanita yang merupakan isteri kepada individu berprofil tinggi berucap supaya rakyat sama-sama menyokong aspirasi himpunan berkenaan. Mereka ialah Siti Hasmah, dan Wan Azizah. Mereka terlalu taksub berjuang untuk kuasa sampai terlupa bahawa majoriti rakyat Malaysia beragama Islam masih berpegang kuat pada agama dan beriman.

Bukan semua yang diperjuangkan oleh pembangkang akan diikut dan disokong buta-buta oleh mereka. Hasilnya, sokongan Mahathir yang juga Pengerusi PH kepada perhimpunan ini adalah mengarut dan bodoh sama sekali kerana beliau sendiri mengambil ringan dalam memartabatkan hukum Islam.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*