Pelantikan Halimah Hanya Untuk Umpan Melayu

Share This:

TIBA-tiba kita disuapkan dengan berita bekas speaker parlimen Singapura Halimah Yacob bakal diangkat sebagai presiden Republik Singapura Rabu ini sedangkan kita tahu bagaimana bangsa Melayu Singapura dipinggirkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti PAP.

Memetik Berita Harian Singapura, ia selepas Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) hanya memberikan sijil kelayakan kepada seorang daripada lima pemohon. Difahamkan penerima sijil tersebut adalah Halimah.

Ia bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan, dan beliau akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.

Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 – 1970), yang merupakan presiden pertama republik.

Adakah pelantikan tersebut adalah untuk membantu parti DAP menipu bangsa Melayu Malaysia pula? Kita tahu bahawa DAP berkiblatkan Singapura. Malah parti DAP dikatakan tertubuh atas arahan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew setelah PAP tidak dibenarkan bergerak di negara kita.

Jika lihat polar terkini politik tanahair, DAP sedang terdesak cuba mendapatkan sokongan orang Melayu memandangkan walaupun mereka mendapat sokongan 100% orang Cina pun, DAP masih gagal berkuasa di negara kita.

Pendedahan demi pendedahan berkenaan sikap rasis DAP terhadap orang Melayu membuatkan mereka terpaksa menukar beberapa strategi bagi menipu orang Melayu sekali lagi.

Rakyat Malaysia tahu bahawa Pakatan Harapan diketuai oleh DAP. Langkah pertama untuk mengaburi dan menipu orang Melayu, DAP telah melantik Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan walaupun parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan parti yang paling kecil dan baru dalam PH.

Dengan pelantikan Halimah sebagai presiden Singapura, rakyat Malaysia melihat ianya sebagai langkah kedua untuk mengaburi dan menipu rakyat Malaysia kononnya DAP menjaga kepentingan orang Melayu juga.

Perlu kita tahu bahawa jawatan presiden Singapura hanya bersifat boneka semata-mata memandangkan presiden tidak mempunyai kuasa. Perdana Menteri Singapura merupakan orang yang paling berkuasa di negara tersebut.

PEC dalam kenyataan berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.

Walaupun ketiga-tiganya menerima Sijil Masyarakat Melayu, PEC hanya memutuskan untuk mengeluarkan satu sijil kelayakan sahaja.

Selain Halimah, dua lagi pencalonan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

Pelantikan Halimah dilihat telah dirancang dengan teliti bagi memastikan agenda yang lebih besar dapat direalisasikan. Pesanan kepada orang Melayu di negara kita, jangan terpedaya dengan tipu muslihat yang sedang berlaku di negara yang menjadi kiblat DAP tersebut.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*