Malaysiakini Putar Belit, Pertemuan Najib-Trump Tak Ada Kaitan Siasatan DOJ

Share This:

Portal Malaysiakini sekali lagi membuat putar belit pada tajuk laporan mereka untuk memperlihatkan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) akan dipengaruhi oleh siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS padahal ia tidak ada kaitan langsung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Akhar White House, Sarah Huckabee Sanders yang mengatakan bahawa perbincangan itu akan menjurus kepada pelbagai isu serantau dan keselamatan.

“(Mereka akan) berbincang tentang cara memperkukuhkan kerjasama banteras pengganas, tentunya menghapuskan ISIS, menangani isu Korea Utara, dan memastikan kita mempromosikan keamanan maritim di Laut China Selatan.

“Kita tidak akan memberi komen mengenai siasatan berterusan oleh DOJ, dan siasatan itu tidak berkaitan politik dan sudah tentu bebas daripda apa-apa yang berlaku esok (hari ini),” katanya pada taklimat media semalam.

Perkara ini juga sudah pun diberitahu oleh pihak DOJ bahawa Najib tidak ada kena menge dengan siasatan berkaitan dana dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan diambil secara salah oleh pihak tertentu.

Pembangkang menggunakan saman sivil DOJ itu untuk memburukkan Najib dengan menyatakan bahawa beliau sebenarnya disiasat dan akan diambil tindakan oleh DOJ dalam isu berkenaan.

Sanders ditanya sama ada Trump akan menjawab soalan siasatan DOJ atau mengelakkan isu berkenaan, dan apa yang diharapkan daripada perjumpaan itu yang dijadualkan hari ini.

DOJ sedang menyiasat dakwaan penyelewengan sebanyak AS$4.5 bilion daripada 1MDB berdasarkan alasan bahawa sebahagian dana itu telah disalurkan menerusi sistem kewangan Amerika Syarikat.

Ia telah memfailkan beberapa saman sivil sejak tahun lalu untuk merampas dakwaan hasil penyelewengan (berjumlah AS$1.7 bilion) dan juga mendedahkan pada pemfailan mahkamah bulan lalu bahawa siasatan jenayah sedang dijalankan.

Saman pelucuthakan sivil DOJ mengaitkan “Malaysian Official1” (MO1) dalam skandal 1MDB dan memaklumkan bahawa sebahagian dana firma pelaburan negara Malaysia itu telah dialihkan melalui akaun banknya dan digunakan untuk membeli berlian kepada isterinya.

MO1 didakwa merujuk kepada Najib, tetapi Najib itu berulang-kali menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*