Bengang Cucunya Disolek Tebal, Chef Wan Mengamuk Dengan Editor Majalah

Share This:

Kalau tidak mulut main cakap lepas, bukan Chef Wan namanya. Umum pun dah sedia maklum yang personaliti ini memang tegas dalam menyurakan pandangannya terhadap sesuatu perkara.


Terbaru, Chef Wan baru sahaja meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang editor sebuah majalah tempatan.


Semuanya gara-gara cucu perempuan disolek dengan tebal sekali ketika menjalani sesi penggambaran untuk dijadikan penghias muka hadapan majalah itu.

Chef Wan nampaknya memang tidak suka langsung jika kanak-kanak kecil dirias secara berlebihan. Lebih-lebih lagi jika mengenakan gincu yang berwarna merah menyala seperti itu.


Dalam masa yang sama Chef Wan turut menegur anak perempuannya iaitu Serina kerana membiarkan perkara itu terjadi.


Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan dan menyokong tindakan Chef Wan kerana mengutarakan isu tersebut.


Walaupun kata-kata yang keluar dari mulut Chef Wan kedengaran agak kasar, mungkin ada betulnya juga dengan apa yang dikatakan?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*