Sultan Kedah Mangkat, Bendera Dikibar Separuh Tiang

Share This:

Berita kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah disambut hiba dengan seluruh negeri Kedah kini berkabung dengan bendera negera di kibarkan separuh tiang.

Dalam suasan cuaca mendung dan hujang di sekitar negeri ini, tinjauan di hadapan Masjid Zahir mendapati bendera negeri Kedah diturunkan separuh tiang berikutan berita kemangkatan baginda di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak namun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dilaporkan akan mengadakan satu sidang akhbar mengenainya di Wisma Darul Aman petang ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*