Mahathir Terdesak Sampai Terpaksa Pergunakan Hasmah Untuk Berdemo

Share This:

PADA usia emas Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dilihat terpaksa merelakan diri dipergunakan oleh suami beliau Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir untuk melakukan demonstrasi jalanan haram.

Sebelum ini kerahan demonstrasi jalanan dipelopori oleh pembangkang dalam skala besar untuk menunjukkan kepada dunia kononnya Malaysia berada dalam keadaan huru hara dan kononnya rakyat membantah pentadbiran kerajaan Malaysia.

Pada hakikatnya hanya segelintir kecil sahaja rakyat Malaysia yang berjaya dipengaruhi oleh pembangkang yang diketuai DAP untuk menyertai perarakan haram tersebut.

Kini demonstrasi jalanan haram dibuat oleh seorang nenek yang berada di penghujung usia emas beliau berkemungkinan besar atas arahan suami yang sedang menghadapi perbicaraan Suruhan Jaya DiRaja berkenaan kerugian perjudian FOREX Bank Negara(RCI Forex).

Perbicaraan tersebut dikatakan bakal membongkar jenayah salah guna kuasa yang bertujuan untuk mengaut kekayaan negara untuk membina empayar keluarga bernilai berbilion ringgit.

Seorang wanita sudah tentu akan melakukan apa sahaja demi melindungi keluarga dan anak cucu mereka. Memandangkan RCI Forex Bank Negara tersebut dikatakan bakal mengheret suami dan anak-anak beliau ke muka pengadilan serta menggugat empayar kekayaan keluarga, mungkin ia menjadi antara penyebab yang mendorong Siti Hasmah  terpaksa akur melakukan demonstrasi jalanan haram walapun ianya langsung tidak sesuai dengan keadaan beliau yang berada di penghujung usia emas.

Siti Hasmah bukanlah individu yang biasa menggerakkan sesuatu himpunan untuk menyuarakan bantahan. Namun petang semalam, Siti Hasmah berdiri di hadapan sekumpulan 500 orang di Kuala Lumpur kononnya bagi menyampaikan mesej mereka bahawa wanita membantah politik toksik. Dan kita tahu bahawa itu bukanlah sebab sebenar beliau melakukan demonstrasi haram tersebut.

Beliau merupakan individu terakhir berucap sebelum berarak ke Pusat Beli Belah Sogo, Siti Hasmah kononnya menyedarkan orang ramai mengenai keperluan untuk menghentikan “politik toksik” sedangkan bekas pemimpin yang dikatakan bertanggungjawab mengelapkan duit rakyat melalui perjudian Forex Bank Negara adalah suami beliau sendiri.

Memandangkan demonstrasi haram kali ini lebih kepada melindungi empayar kekayaan keluarga maka sudah tentu anak perempuan Siti Hasmah, Marina Mahathir yang sentiasa menyokong seks bebas Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) turut hadir.

Sebenarnya rakyat Malaysia sedih melihat seorang perempuan tua yang sepatutnya berehat di rumah mengerjakan ibadah dan bermain dengan anak cucu terpaksa menghadapi tekanan demonstrasi jalanan haram tersebut.

Sepatutnya Mahathir tidak mengheret isteri beliau ke dalam kancah politik kotor dan murahan tersebut. Bukan di situ tempat Siti Hasmah.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*